@sumeyygn:

sumeyye
sumeyye
Open In TikTok:
Region: TR
Tuesday 29 September 2026 07:19:11 GMT
10726
1003
0
18

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @sumeyygn, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

📍🟡 “Saya amat bersyukur dilahirkan sebagai seorang perempuan sebab saya tahu apa misi saya apabila saya jadi seorang doktor.
📍🟡 “Saya amat bersyukur dilahirkan sebagai seorang perempuan sebab saya tahu apa misi saya apabila saya jadi seorang doktor." Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dilahirkan di Klang, Selangor pada 12 Julai 1926 dan merupakan anak keenam daripada sepuluh orang adik-beradik. Selepas berpindah ke Kuala Lumpur, beliau mula zaman persekolahannya di Methodist Girls’ School dan St Mary’s Girls’ School. Walaupun beliau pernah bercita-cita menjadi wartawan, kesihatan ibunya telah merosot semasa zaman pemerintahan Jepan. Ia mendorongnya untuk menceburi bidang kesihatan awam sebagai seorang doktor. Selepas Perang Dunia Kedua, beliau mendapat biasiswa untuk belajar perubatan di King Edward VII College of Medicine, menjadikannya antara wanita Melayu pertama yang mendaftar di institusi tersebut. Selepas graduasi, beliau menabur baktinya di pedalaman Kedah, sehinggalah tahun 1974 di mana beliau menjadi pegawai perubatan wanita pertama di Jabatan Kesihatan Ibu dan Anak Kedah. Melalui inisiatif beliau, kadar kematian bayi di negeri itu menurun daripada 75 ke enam bagi setiap 1,000 kelahiran hidup. Selain peranannya sebagai isteri Perdana Menteri dari tahun 1981 ke 2003 dan 2018 ke 2020, beliau juga banyak berjasa dalam bidang kesihatan ibu, pembanterasan dadah serta khidmat awam. Beliau juga komited terhadap peranan kepimpinan bersama Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia, Persatuan Badminton Malaysia dan Orkestra Filharmonik Malaysia. Pada usia 86 tahun, beliau kembali bermain biola setelah 70 tahun tidak menggunakan instrumen muzik tersebut. Beliau sering mempersembahkan bakatnya dan mengumpul dana bagi tujuan kebajikan. #malaysiatiktok #beritaditikok #tundrsitihasmah

About