@tv3malaysia: Siapa sangka, di sebalik premis rumah kedai dua tingkat, terdapat aktiviti rumah urut yang dipercayai beroperasi tanpa lesen. Malah, sebuah kedai runcit turut dikesan menjalankan perniagaan berkonsepkan ‘Ali Baba’, dengan menggunakan nama warga tempatan bagi pendaftaran perniagaan. Bagaimana kegiatan ini boleh beroperasi di sebalik premis yang kelihatan seperti perniagaan biasa? Ikuti serbuan yang digerakkan Majlis Bandaraya Shah Alam bersama Jabatan Imigresen Negeri Selangor di sekitar Shah Alam, yang turut disertai wartawan #999 malam ini, Selasa, jam 9 malam di TV3. Strim juga melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.