@mediaselangor: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bersedia mengurus trafik udara sempena pertunjukan udara lintas rendah oleh Gulf Air yang dijadualkan berlangsung sebelum perlumbaan Formula Satu (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), 4 Oktober ini. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) CAAM Zainul Abidin Maslan berkata pihaknya turut bersedia menerima penerbangan tambahan yang membawa logistik pasukan F1 selain mengurus penerbangan lain yang memasuki ruang udara negara. #MediaSelangor #KlikSemasa