@user872576634: Nước giặt xả cho mọi nhà giá siêu rẻ#nuocgiatxa #giadungtienich #thinhhanh ##tictoc ##creatorsearchinsights

Mến nấm lùn
Mến nấm lùn
Open In TikTok:
Region: VN
Tuesday 29 September 2026 13:51:56 GMT
91
0
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @user872576634, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Ziyad merenung dalam wajah comel dalam pelukannya itu. Tersenyum nipis dia saat melihat betapa rakusnya anak kecil itu menghisap susu botol yang masih suam, yang turut ditinggalkan di dalam bakul itu. Lega hatinya bila anak itu berhenti menangis. Dipandang lama ke hadapan, jauh pandangannya seperti sedang mencari sesuatu. Atau lebih tepat lagi dia mencari seseorang yang telah meninggalkan anak yang begitu kecil di dalam bakul di hadapan pagar rumahnya. Tapi hampa. Tidak ada apa-apa yang dapat dipandang, melainkan keadaan sunyi dan sepi. Anak siapa ni? Kenapa pula ditinggalkan di depan pagar rumahk aku? Hati kecilnya terus berdetik. Sekali lagi dia memandang wajah kecil yang masih ralit dengan susu di mulut. Semakin lebar senyuman di bibirnya. Teringat tingkah itu saling tidak ubah seperti tingkah Faiq ketika usia itu. Lantas, laju saja jemari kasarnya mengusap pipi yang masih memerah.  Dalam diam, dia cuba mengagak usia sebenar anak yang dirasakan terlalu malang itu. Belum pun tahu apa-apa, kehadirannya tidak diperlukan oleh mereka yang selayaknya. Pandangan sekali lagi di buang ke hadapan. Masih berusaha mencari apa yang patut ditemui. Kalau dia bertemu dengan orang yang membuang anak kecil itu, dia akan menyerahkan kembali anak yang tidak berdosa itu kepada yang berhak.  Dia akan memberikan apa saja yang diperlukan kerana dia percaya, tidak ada orang yang tidak terdesak akan memberikan anak yang dilahirkan kepada orang lain, asal saja anak kecil itu tidak diperlakukan sewenang-wenang. Asal saja anak kecil itu diberikan hak kasih sayang daripada orang tuanya, sama seperti setiap anak yang lahir ke dunia ini. Asal saja anak itu dijaga dengan betul. Tapi tiada! Kereta yang tadinya ada di seberang jalan juga sudah pergi begitu saja. “Tak apalah, baby... kalau ibu baby tak nak, tentu masih ada yang nakkan baby. Kita masuk dalam dulu ya?” Selepas mencium pipi mongel itu sekali, dia membawa anak kecil yang tidak mengerti apa-apa itu ke dalam. Untuk saat ini, tidak ada apa-apa yang dapat difikirkan. Cuma dia berharap, anak kecil itu dapat tidur dan berehat dengan selesa. Lain-lain akan difikirkan kemudian. “Siapa Ziyad? Macam tak sabar-sabar benar bunyinya tadi,” tegur Sarina tiba-tiba, sebaik saja melihat kelibat Ziyad memasuki rumah. Dia mahu tahu siapa yang menekan loceng bertalu-talu tadi. “Eh... apa yang Ziyad bawa tu?” “Kak... ada bayilah,” ujar Mak Inang. Teruja melihat sekujur tubuh kecil yang ada dalam dukungan Ziyad. Berubah wajah Sarina. Dia semakin menghampiri Ziyad yang sudah pun duduk di atas sofa. Anaknya itu dilihat ralit merenung wajah kecil yang sudah pun memejamkan mata rapat-rapat.  “Anak siapa, Ziyad?” Ziyad panggung kepala. Senyuman manis dihadiahkan kepada Sarina yang masih terpinga-pinga, tidak mengerti apa sebenarnya yang telah berlaku. “Allah kirim pada kita, umi...” ujarnya sangat perlahan. Anak kecil itu baru saja melelapkan mata setelah kekenyangan. Dia tidak mahu suaranya yang kuat mengganggu lena si kecil. “Mak Inang tolong buat susu lagi. Ada dalam bakul tu.”  Mak Inang mencapai bakul yang mengandungi barang kelengkapan bayi yang masih baru. Seketika, dia berpaling. “Ada surat,” ujarnya pada Ziyad. “Bawa sini,” pinta Ziyad pantas. #ebook #fypbooktok #novelonline #wattpad #ebooktiktok

About