@polismelaka: ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐: ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ #MELAKA | 29 September 2026 โ Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Melaka bagi bulan September 2026 telah berlangsung jam 8.00 pagi di Dataran Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, hari ini. Ketibaan YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka, telah disambut oleh Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Datuk Ahmad Jefferi bin Abdullah; Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, ACP Nor Nor Azizan bin Yusof; serta Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Supt. Nik Mohd Razali bin Husin, selaku penganjur bersama perhimpunan bulanan kali ini. YDH Ketua Polis Melaka menekankan bahawa integriti, disiplin dan kesiapsiagaan merupakan tunjang utama dalam memastikan setiap warga PDRM Kontinjen Melaka mampu melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan dengan penuh profesionalisme. Beliau turut mengingatkan seluruh warga PDRM agar sentiasa menjunjung tinggi prinsip integriti, profesionalisme dan akauntabiliti, di samping mematuhi segala peraturan dan arahan yang ditetapkan. Setiap tugasan hendaklah dilaksanakan dengan penuh dedikasi, keikhlasan dan rasa tanggungjawab kerana setiap tindakan yang diambil bukan sahaja mencerminkan peribadi seseorang pegawai dan anggota, malah turut membawa imej serta maruah pasukan. Nilai-nilai tersebut merupakan asas penting dalam memastikan perkhidmatan kepolisan terus disampaikan secara cekap, berintegriti, responsif dan berkualiti, selaras dengan tuntutan serta harapan masyarakat terhadap PDRM. Dalam perkembangan yang sama, YDH Ketua Polis Melaka turut menegaskan keperluan memperkukuh tahap kesiapsiagaan seluruh warga PDRM Kontinjen Melaka dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung.
Polis Melaka
Region: MY
Tuesday 29 September 2026 15:14:35 GMT
Music
Download
Comments
๐ฝ๐พ๐ท๐ฐ :
Tahniah Tuan Mat
2026-09-30 00:27:50
0
Danish Anish :
[Menangis][Menangis][Menangis]
2026-09-29 15:24:28
0
To see more videos from user @polismelaka, please go to the Tikwm
homepage.