@drasyrafwajdi: TVETMARA PEKAN TAWAR KURSUS MEKATRONIK DENGAN KERJASAMA SAMSUNG Bagi lepasan SPM, walaupun hanya sekadar lulus masih berpeluang untuk menyambung pengajian dalam bidang Mekatronik di TVETMARA PEKAN (nama baharu IKM Pekan) dengan kerjasama industri seperti Samsung. Kursus jangka pendek dengan 3 bulan di TVETMARA manakala 6 bulan terus diambil bekerja sebagai junior technician di Samsung dengan gaji RM1,500. Selepas 6 bulan, terus dinaikkan kepada Technician dengan gaji RM3,500. Mekatronik ialah bidang yang menggabungkan mekanikal, elektronik, elektrik, kawalan dan pengaturcaraan komputer dalam satu kursus. Mudahnya, pelajar belajar bagaimana hendak membina dan mengawal mesin pintar atau sistem automatik. Contohnya: robot industri, mesin automasi kilang, sistem sensor dan kawalan, sistem pneumatik/hidraulik, asas coding serta mikropengawal. Kelmarin, sempat melawat ke TVETMARA Pekan selepas merasmikan program Pemerkasaan Wanita dan Komuniti MARA peringkat Parlimen Pekan. Masuk-masuk ramai anak-anak pelajar yang menunggu di pintu masuk teruja nak bergambar bersama. #MerakyatkanMARA #TVETMARA #HidupBiarBerjasa #HidupKuMilikUmmah
Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Region: MY
Wednesday 30 September 2026 00:17:38 GMT
Music
Download
Comments
i.Mangggg :
smoga dapat jumpa lagi 😍
2026-09-30 00:23:58
8
imz :
daddy mari pergi tvetmara kemaman pula
2026-09-30 06:14:15
4
limau_ais46 :
Cafe tvet pekan murahhh oo lagi lagi umi
2026-09-30 02:44:23
15
Sue Mahmud :
moga terus cemerlang bersama MARA
2026-09-30 00:50:56
8
Aduka :
dato' jadi calon parlimen pekan...confirm menang besar.
2026-09-30 11:53:37
1
matdam光 :
2026-09-30 09:21:10
3
bkn siapa siapa :
Assalamualaikum dato'..nak tanya anak berminat dlm bidang teknikal berkenaan keretapi..bidang kejuruteraan apakah yg sesuai utk anak ceburi nanti..skrg anak di tingkatan 2..cita2 nak keja dgn ECRL bhgian engineering
2026-09-30 01:26:38
0
rusydi🌀 :
ok done bodek 🤣
2026-09-30 04:06:09
7
Mint :
pis
2026-09-30 02:49:50
3
Ceqta :
Anak saya sekarang belajar di sini, Alhamdulillah dah dapat 2 dekan😊
2026-09-30 03:34:32
3
زوا :
2026-09-30 06:24:22
3
Ipan⚡️ :
dr dtg la plk tvetmara jasin🫢
2026-09-30 05:46:12
2
4 may :
Alhmdulillah tksh dato..ank saya pun belajar kt tvetmara pekan jgkk diploma teknologi servis
2026-09-30 05:46:39
1
ziraatiya :
😂😂berani yer ckp elaun tk cukup😂
2026-09-30 04:10:18
2
syamil :
hadir ex student ikm pekan
2026-09-30 09:05:35
0
Aiskrim Tok Din :
tempat mencari ilmu dulu 1997
2026-09-30 09:57:44
0
Langitbiru11222 :
Datuk nti datang la Tvetmara JB pula
2026-09-30 01:01:55
0
zulkiflie :
2026-09-30 05:18:39
0
꧁ ♊𝓖𝓮𝓶𝓲𝓷𝓲82 ꧂ :
Knp semua ok je,, bg tahula daddy apa yg xoke tu.. Nnti daddy adjust bg lagi okey,, alahai anak² ni.. 😂😂 Asrama tu loker byk yg buruk daddy.. Kasi tukar😂😂😂
2026-09-30 05:00:04
0
Nur Ikhwan (9W2NFR) :
Ex IKM TSYA Pekan hadir..
2026-09-30 18:19:04
1
𝐸𝑧𝑟𝑎𝑣𝑖𝑒́ :
assalamualaikum dr Asyraf alang alang ada pekan tu singgah la tvet kemaman 😁
2026-09-30 12:18:51
0
💙MizzRieynaa💙 :
anak saya kat sana sem 5, PW4
2026-09-30 10:22:16
0
Kiara🍒 :
terbaik
2026-09-30 01:18:21
0
To see more videos from user @drasyrafwajdi, please go to the Tikwm
homepage.