COLORFUL COLLECTION :
Kita perlu sedar bahawa keterlibatan seseorng dalam kuasa kegelapan akan memberi kesan buruk kepada keluarganya anaknya dan generasinya. Antara kesannya mungkin anak-anak, keluarga, generasi mungkin akan selalu sakit-sakitan, kemunduran dari segi moral dan kemunduran hidup dan banyak lagi. Contohnya keterlibatan ialah masih menyimpan jimat², masi memegang benda² seperti benda penguat, benda untuk jadi kaya, benda atau jampi² untuk menyembuhkan orang sakit, benda² untuk buat orang sakit, gila dan banyak lagi. Semua ini sebenarnya membawah kesan kepada keluarga, anak-anak, generasi. Banyak yang tidak menyedari atau sudah tau tapi memilih untuk tidak peduli, masih juga berkeras dengan mengatakan "tidak juga tu." Dan Jangan katakan benda yg anda pegang atau pelajari tidak jahat, itu untuk menyembuhkan, menarik berkat, melindungi kerana tidak kira itu untuk tujuan baik atau jahat kalau sumbernya dari si jahat ( iblis ) itu tetap akan memberi kesan tidak baik kepada keluarga, anak-anak dan generasi. Jadi kalau ada yang masi mengamalkan baca-baca jampi jampi, atau memegang apa saja benda seperti benda kecil atau besar, berbentuk tali atau apa saja, berhentilah mengamalkan dan menyimpan semua benda itu. Kerana sedalam mana pun anda menyimpan semua itu, Tuhan tau dan melihat. Tuhan mau anda berhenti dan melepaskan semua itu. Jika ingin diberkati berdoalah, jika ingin maju, berdoalah, jika ingin sehat berdoalah, jika ingin kemajuan berdoalah, bukan mengambil keputusan untuk terlibat dalam kuasa kegelapan. Ya mungkin anda akan segera kaya, maju, sehat dan sebagainya tapi sedarilah itu memberi kesan kepada diri sendiri, anak-anak, keluarga dan generasi kita yang akan datang. Jika anda ingin melepaskan semua jimat², dan mau bertaubat dari semua keterlibatan atau apa yg anda ikut. Carilah pastor atau pendeta yang benar-benar hidup dalam Tuhan untuk mengatakan niat anda untuk bertaubat 🙏🏻🙏🏻🙏🏻
2026-10-03 09:07:55