@berita.ks: PUTRAJAYA, 30 Sep - Kerajaan menjangkakan tiga acara sukan utama yang berlangsung hujung minggu ini iaitu Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang, Le Tour de Langkawi (LTdL) dan Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) diteruskan walaupun beberapa kawasan negara dilanda jerebu. Menteri Komunikasi, Dato’ Seri Fahmi Fadzil berkata keadaan jerebu dipantau dari semasa ke semasa, manakala Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membuat keputusan berdasarkan perkembangan semasa. “Buat masa ini, kerajaan menjangkakan tiga acara utama itu LTdL, F1 dan Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon diteruskan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet, di sini, hari ini. Fahmi berkata isu jerebu turut dibincangkan Kabinet berikutan penganjuran ketiga-tiga acara berkenaan, selain Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi membangkitkan perkara itu dalam pertemuan terbaharunya dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto. Menurutnya, Malaysia turut menawarkan aset kepada Indonesia bagi membantu menangani kebakaran yang menyumbang kepada jerebu rentas sempadan. “Kita berharap jerebu dapat dikawal. Dari hari ke hari ada hujan, tetapi pada masa sama KBS akan membuat keputusan,” katanya sambil memaklumkan Malaysia akan terus menggunakan saluran rasmi untuk menangani isu jerebu dengan Indonesia, termasuk melalui Kementerian Luar. #BeritaKS

Berita_KS
Berita_KS
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 30 September 2026 10:15:05 GMT
4101
43
7
4

Music

Download

Comments

iloveeatrice88
Rice 頂級白飯🍚✨️ :
Terima Kasih Kekal Jalan 👍 Saya sudah sedia pergi tegok F 1
2026-09-30 10:57:07
1
danialjamah
danialjamah :
Kurang yg hadir kerana keadaan cuaca.
2026-09-30 10:34:02
0
mrs.gibson12
MrsGibson :
MADANI GAGAL TEROK!!!
2026-09-30 12:44:35
0
kucai48
Aali :
2026-09-30 15:52:49
0
kucai48
Aali :
2026-09-30 15:52:46
0
viperteam29
Viperteam 👋 🌶 :
2026-09-30 11:54:41
0
nastradamos4
NastradaMOS :
Tetiber masa timing tidak mengizinkan. Kuasa Tuhan lebih hebat dari jangkaan Madani.
2026-09-30 12:49:48
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About