@ipdiskandarputeri: ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ Iskandar Puteri, 30 September 2026 โ Yang Berhormat CP Datoโ Ab Rahaman bin Arsad, Ketua Polis Johor, bersama isteri, Yang Dihormati Datin Salwah binti Mahdan, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Johor, menghadiri dan menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah dan Pengerusi PERKEP Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri yang berlangsung di IPD Iskandar Puteri, hari ini. Majlis dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu dan bacaan doa, diikuti acara serah terima tugas Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri daripada YDH Supt. Saifullah bin Jaya @ Yahaya kepada YDH ACP Radin Ramlan bin Radin Taha, disaksikan oleh Ketua Polis Johor. Seterusnya, acara serah terima tugas Pengerusi PERKEP IPD Iskandar Puteri daripada YBhg. Puan Raffedah binti Abd Manan kepada YBhg. Puan Siti Saleha binti Jaffar, disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor. Dalam amanatnya, Ketua Polis Johor menegaskan bahawa jawatan merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan dengan penuh integriti, kejujuran dan dedikasi demi kepentingan organisasi, masyarakat dan negara. Beliau turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YDH ACP Radin Ramlan bin Radin Taha atas pelantikan sebagai Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri serta berharap amanah tersebut dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya berlandaskan integriti, profesionalisme dan keteladanan. Selain itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada YBhg. Puan Siti Saleha binti Jaffar atas penerimaan amanah sebagai Pengerusi PERKEP IPD Iskandar Puteri serta berharap tanggungjawab tersebut dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, keikhlasan dan kebijaksanaan demi memperkukuh kebajikan serta kesejahteraan warga PERKEP. Ketua Polis Johor menyeru seluruh warga IPD Iskandar Puteri agar terus memperkukuh kerja berpasukan, profesionalisme dan integriti dalam melaksanakan tanggungjawab, sekali gus memastikan perkhidmatan terbaik terus diberikan kepada masyarakat. Dalam pada itu, beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YDH Supt. Saifullah bin Jaya @ Yahaya dan YBhg. Puan Raffedah binti Abd Manan atas segala jasa, sumbangan dan komitmen sepanjang melaksanakan amanah sebagai Pemangku Ketua Polis Daerah dan Pemangku Pengerusi PERKEP IPD Iskandar Puteri sejak 18 Ogos 2026. Turut hadir ialah YDH DCP Hoo Chuan Huat, Timbalan Ketua Polis Johor, bersama isteri, YBhg. Puan Saw See Na, Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor; YDH SAC Noor Imran bin Abdul Rahman, Ketua Cawangan Khas Johor; YDH SAC Mohd Zairi bin Badderul @ Badrol, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor; YDH SAC Chuah Yong Huat, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Johor; YDH SAC Christopher Patit, Ketua Jabatan Pengurusan Johor; ketua-ketua jabatan, ketua-ketua polis daerah, pegawai kanan dan pegawai rendah polis serta ahli-ahli PERKEP Kontinjen Johor. #PrihatinPDRMJohor #LikeShareFBPolisJohor #FollowInstagramPolisJohorOfficial
IPD Iskandar Puteri
Region: MY
Wednesday 30 September 2026 11:00:15 GMT
Music
Download
Comments
MrTripleA :
Puan Haslinda๐ซก๐ซก
2026-09-30 15:58:30
2
norzaidirahamat :
Tok Rahman dgr kabo 4hb trn Felda bkt bt jom ngeteh
2026-09-30 14:01:26
2
Paktam Vespa :
Tahniah tuan saiful
2026-09-30 11:39:15
1
GG GUCCI GLOCK OWNER :
bukan kisah org tidak dikenali
2026-10-01 15:06:40
1
U.S.I.A :
(SPRM)
2026-09-30 12:32:30
2
JAijb04 :
bos Baru dah Ambik alih IPD Iskandar puteri...mantapppp
2026-09-30 14:17:36
1
๐ฃเผRENI๐โ๏ธ :
Tahniah kepada semua pihak berkuasa Malaysia.
2026-10-03 07:11:00
1
nor :
Assalamualaikum [Hati merah][Hati merah][Hati merah][Menyentuh hati][Menyentuh hati][Menyentuh hati]
2026-10-03 21:04:31
1
SERANGAN BATU :
mantapppp katuakkk
2026-10-09 01:44:51
0
SONU :
๐๐ฅฐโฅ๏ธ๐
2026-10-07 03:14:25
1
Rohani Ani :
assalamualaikum wbt ๐ฅฐ๐ฅฐ๐ฅฐ
2026-09-30 11:06:37
1
GG GUCCI GLOCK OWNER :
kalau polis jaga lagi maknanya sp punya kes dgn sb-sb
2026-10-01 15:06:29
1
GG GUCCI GLOCK OWNER :
tp pintu depan blom open door untuk org tak kenal masuk
2026-10-01 15:06:10
1
U.S.I.A :
kegiatan pen curi identity kerajaan,,
mereka jual,,
kenapa zaman sekarang dah kegiatan bertali barut,,
2026-09-30 12:31:37
1
GG GUCCI GLOCK OWNER :
saya dah ambil unit tapi tunggu narkotik sb bawa saya pulang
2026-10-01 13:52:10
1
GG GUCCI GLOCK OWNER :
sebab dlm utk ada sb jaga hilang ingatan
2026-10-01 13:48:52
1
GG GUCCI GLOCK OWNER :
sb di punggai jaga narkotik nama mangsa jenayah kena tipu
2026-10-01 13:49:17
1
NoaXia :
polis Yang Berhormat ke?
2026-10-04 15:18:49
1
GG GUCCI GLOCK OWNER :
mana tahu ada kaitan dengan kes rogol dalam siasatan
2026-10-01 13:47:06
1
Kamisah Binti Hashim :
๐๐๐
2026-09-30 15:45:45
2
ASA78 :
๐โค๏ธ
2026-09-30 11:46:55
1
Benhar Benhar :
๐๐๐ผ๐๐ผ
2026-10-08 00:17:34
0
To see more videos from user @ipdiskandarputeri, please go to the Tikwm
homepage.