@fadhlinasidek: YB YB YB YB YB YB YB YB YB YB YB YB YB Begitulah setiap kali hadir program bersama anak-anak Tingkatan Enam. Sekarang ada tambahan pula satu panggilan baharu, “ibu”. 🤣 Bahagia saya melihat anak-anak ini berani bersuara dan mengambil bahagian dalam proses demokrasi. Inilah antara perkara yang saya bayangkan ketika kita mula memperkenalkan JPTE. Saya harap pengalaman ini tidak berhenti selepas kertas undi dikira. Bawa keberanian yang sama apabila kembali ke sekolah. Bersuara bila perlu dan gunakan ruang yang ada untuk membawa perkara yang baik buat rakan-rakan. #MADANIBekerja