@nursima480: 🌹 Perginya Seorang Bonda 🤍 Alhamdulillah...Pagi tadi saya dan keluarga dipermudah menziarahi pusara Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohamad Ali di Pusara Negara, Presint 20. Ramai yang datang beri doa, sedekahkan bacaan surah yassin untuk Tun. Pusara penuh dengan bunga dan wangi. Duduk dlm 40 minit tengok pusara, tenung seketika.. Hari ini kita datang menziarahi mereka yang telah pergi, namun suatu hari nanti giliran kita pula akan sampai. Cuma kita tidak pernah tahu bila dan di mana waktunya. Semoga setiap kali melihat pusara, hati kita kembali tersedar bahawa kehidupan ini hanyalah sementara. Semoga Allah memberi kita kesempatan untuk memperbaiki diri, memperbanyakkan amal dan meninggalkan kebaikan sebelum tiba waktu kita dipanggil pulang. 🤍 Berbalik kepada Allahyarhamah Tun Dr Hasmah, Saya tidak pernah berkesempatan bertemu dengan Allahyarhamah ketika hayatnya. Namun, pemergian beliau tetap terasa begitu dekat di hati semua orang. Tun Dr Hasmah bukan sekadar pendamping setia kepada seorang negarawan tapi seorang wanita yang turut mewarnai perjalanan negara dengan jasa dan pengabdiannya kepada masyarakat. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa dan kekhilafan, menerima segala amal kebajikannya, melapangkan serta menerangi pusaranya dan menempatkan Allahyarhamah Tun Dr Hasmah dalam kalangan hamba-hamba Allah yang solehah. 🤲 Allahummaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fu 'anha. Semoga Allah memberikan ketabahan dan kekuatan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga. Selamat beristirahat, Bonda. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Semoga segala kebaikanmu terus dikenang. 🤍🌹 Al-Fatihah. Berkesempatan juga ziarah pusara Hjh Tun Endon Mahmood (Isteri Allahyarham Hj Abdullah Ahmad Badawi. Al-Fatihan untuk kedua-dua nya.. Aamiin #tundrsitihasmah #pusaranegara #presint20 #ziarah #28sept2026

kedaimamaaidan
kedaimamaaidan
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 30 September 2026 15:28:55 GMT
4450
114
6
1

Music

Download

Comments

user572582261918
user572582261918 :
Syukur Alhamdulillah
2026-10-01 00:07:31
3
haximn
Haxim :
😭😭😭😭
2026-10-01 07:00:27
1
mohdazhanali
Azhan :
[Menangis][Menangis][Menangis]
2026-09-30 18:49:52
2
To see more videos from user @nursima480, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About