@bernamaradioofficial: Seorang lelaki tempatan yang mempunyai 27 rekod jenayah dan dadah lampau direman tiga hari bermula hari ini, selepas disyaki mencuri sebuah lori serta merempuh kereta peronda polis di Pasir Gudang, semalam. Perintah tahanan reman sehingga 3 Okt terhadap suspek berusia 30-an itu dikeluarkan Majistret Tan Chiew King di Mahkamah Johor Bahru hari ini, bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut. Semalam, Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata kejadian berlaku pada kira-kira 7.20 pagi, selepas lori hijau berkenaan dilaporkan hilang di kawasan Plentong sebelum dikesan orang awam di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat. #BernamaNews #VideoBernama #PasirGudang