@naturelle.garden: Cara Menyemai Saderi Saderi menanam dari biji benih. Benih Saderi bercambah dalam 20-30 hari +/-. Saderi bertumbuh memang lambat kenal sabar, sabar dan sabar. Day 22 pindah tanah kali pertama Tips untuk menjaga anak pokok Saderi : 1) Guna Peatmoss. 2) Spray air setiap hari. Pastikan tanah sentiasa lembap. 3) Suhu tinggi. 4) Letak di tempat tenduh. Sila beli benih berkualiti tinggi untuk kadar percambahan yang tinggi. Day 50 pindah tanah kali kedua Pokok Saderi tapaknya kukuh dan pertumbuhan yang sihat. Sediakan polibeg size 14x14 dan tanah organik. Tips: Mengapa perlu dipindahkan dua kali ? 1) Pemindahan pertama: Pasu kecil memudahkan kawalan air dan anak pokok layu akan berkurangan. Pastikan tanah sentiasa lembap. 2) Pemindahan kedua: Anak pokok memerlukan ruang untuk membesar. Pastikan baja dan cahaya yang cukup. Kalau jaga baik, boleh menuai selama-lamanya. Selamat Berkebun. #benih #benihsayuran #berkebun #gengkebun #kakakrose