اکاونت تيدق دتموي :
Akan ku hapus versi diriku yang terlalu berlebihan ini. Versi diriku yang selalu ingin dimengerti, selalu ingin diperhatikan, selalu berharap seseorang menyadari keberadaanku, dan terkadang terlalu banyak memberi hanya agar tidak merasa kehilangan.
Aku ingin berubah. Bukan karena aku membenci diriku yang dulu, tetapi karena aku mulai sadar bahawa tidak semua orang harus tahu apa yang sedang aku rasakan, tidak semua luka harus diceritakan, dan tidak semua kebaikan perlu mendapatkan balasan.
Mulai sekarang, mungkin aku akan lebih banyak diam. Bukan kerana aku tidak peduli, tetapi kerana aku sudah terlalu lelah menjelaskan diriku kepada orang yang memang tidak pernah benar-benar ingin memahami. Aku akan belajar menyimpan cerita sendiri, menenangkan hati sendiri, dan menerima bahawa tidak semua orang akan tinggal, walaupun aku sudah memberikan yang terbaik.
Aku tidak ingin lagi mengejar perhatian daripada siapapun. Kalau seseorang ingin hadir, biarlah dia hadir kerana keinginannya sendiri. Kalau seseorang ingin bertanya tentang keadaanku, biarlah itu datang dari hatinya, bukan kerana aku harus meminta. Aku ingin belajar bahawa kehilangan perhatian seseorang bukan berarti aku kehilangan nilai diriku.
Mungkin selepas ini aku akan terlihat lebih pendiam, lebih tenang, dan tidak banyak menuntut. Bukan kerana hatiku sudah tidak punya rasa, tetapi kerana aku sedang belajar mencintai diriku sendiri dengan cara yang lebih dewasa.
Aku akan berhenti memaksa orang untuk memahami, berhenti mengejar orang yang menjauh, dan berhenti berharap kepada mereka yang hanya datang ketika mereka memerlukan sesuatu. Aku ingin menjadi seseorang yang tetap baik tanpa harus diketahui, tetap peduli tanpa harus dipuji, dan tetap tulus walaupun tidak pernah dihargai.
Jika suatu hari aku berubah menjadi seseorang yang lebih banyak diam, jangan fikir aku sudah tidak mempunyai hati. Mungkin aku hanya sudah belajar bahawa ketenangan jauh lebih berharga daripada perhatian yang terpaksa.
2026-10-02 09:50:59