@rush.kini: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) menjelaskan bahawa cuti peristiwa 25 Oktober 2026 sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah merupakan hari kelepasan am pilihan bagi sektor swasta. Di bawah Seksyen 60D Akta Kerja 1955, pekerja berhak kepada 11 hari kelepasan am berbayar setahun, dengan lima daripadanya wajib dan baki enam boleh dipilih daripada cuti umum yang diwartakan. Cuti Jubli Perak ini berada dalam kategori pilihan tersebut. Sekiranya majikan telah memilih 25 Oktober sebagai salah satu cuti umum berbayar syarikat dan Ahad merupakan hari rehat pekerja, JTKSM menetapkan Isnin, 26 Oktober perlu diberikan sebagai cuti gantian berbayar. Sebagai alternatif, majikan dan pekerja boleh bersetuju untuk menggantikan cuti tersebut dengan hari lain mengikut Seksyen 60D(1A) Akta Kerja 1955. Kerajaan Negeri Selangor pula telah mengisytiharkan 25 Oktober sebagai hari kelepasan am bagi seluruh negeri, manakala 26 Oktober ditetapkan sebagai hari kelepasan am gantian kerana 25 Oktober jatuh pada Ahad. Namun bagi sektor swasta, pelaksanaan hak cuti berbayar masih tertakluk kepada peruntukan Akta Kerja dan pemilihan cuti oleh majikan. #RushKini #Selangor #SultanSelangor #JubliPerak #CutiUmum #JTKSM #PekerjaSwasta
Rush Kini
Region: MY
Friday 02 October 2026 01:40:45 GMT
Music
Download
Comments
S :
Hmm company aku susah wei .. buat laa mcm mana pun sama je kena kerja ..takkan nya dibayar even kena kerja .. replace pon takde .. mcm mana ya kalau mcm ni jdnya ..
2026-10-02 03:43:21
78
chucky2074 :
Company sy ada announce Awal2 x ambil cuti ni 🤣 cuti Sukma 1 sept hari tu x ambil.. Diorg ckp hanya ambil yg wajib.. Sedih.. Raya haji pun x cuti
2026-10-02 05:38:52
13
akupunconfuse :
Company aku akak cuti bila kiamat je
2026-10-02 05:09:05
9
Sk :
company ku tada, gaji double pun ta da 😂
2026-10-02 04:52:55
6
🥯atin😶🌫️ :
baru je tanya, bos ckp kerja wei. cuti sukma hr tu pon kerja
2026-10-02 06:23:16
6
ctzkmn :
macam mana nak tag boss eh
2026-10-02 05:27:50
7
user6276654362061 :
saya pun kerja..tak ada cuti
2026-10-02 04:30:48
6
EJ Treasure Box :
nak tahu bank je😆bank tutup, kita tutup
2026-10-02 09:08:16
0
Mr Payeed :
pihak JTK tolong ambil tindakan & siasat kpd syarikat swasta...hak bercuti pekerja,tempat aku pun sama wei...😢
2026-10-02 08:32:10
1
Auntie June :
buat lah surat pekeliling ckp semua syarikat swasta WAJIB ambil, yang x ambil kena get out from Selangor
2026-10-02 06:06:10
2
sakai :
dah kerja Selangor celah mana ambil cuti time jubli Perak..???alamatnya kena kerja ler🤣🤣🤣
2026-10-02 05:45:15
0
Mr.MaD :
kalau pekerja yang bekerja pada hari tersebut majikan perlu bayar double kan?
2026-10-02 07:50:32
1
kedai kasut premium :
hahaha cmpny saya mana mahu bg cuti nya...wajib kerja
2026-10-02 04:18:49
5
shnz ✌️ :
x kan ade dpt lebih.. kje teruk mne pun.... mcm tu je
2026-10-02 07:19:53
1
Lin :
mcm mn klu syarikat kta x ada cuti, kje mcm biasa
2026-10-02 04:04:17
3
NorZarith ii :
Ok kerja😌
2026-10-02 09:39:55
0
:
tempat kerja saya ni ada 4 group n kalau 4 group tu cuti abisla ekonomi negara terjejas😂
2026-10-02 08:42:08
0
sadoo :
kossan tak bagi cuti
2026-10-02 09:00:37
0
TheZaza :
soo kalau majikan tak pilih cuti tu kira kena kerja mcm biasa gak, takde la namanya wajib, sunat je la kalau gitu...tang mana pun kena kerja gak😂
2026-10-02 08:07:33
0
Alchemist ! :
alhamdullilah 3 hari rest day 2 hari public 😂
2026-10-02 08:08:29
0
zack :
sama company saya ..antara 2 darjat,office cuti...walaupun kerani shja...yg bkn office,kena keja...bkn ot...kerja mcm hari biasa.
2026-10-02 09:38:51
0
Mohd Nazim 2448 :
campney kita tak ambek....sebab lebih dari DAP😳
2026-10-02 10:05:59
0
R-Dragon 🌻 :
Bole buat2 salah hantar dlm grp boss
2026-10-02 08:13:54
0
oldman :
pelepasan am..xwajib utk majikan swasta..
2026-10-02 10:35:25
0
qqn418 :
Befday akuuu yeayyyy🤣🤣🤣🤣 26/10
2026-10-02 04:23:42
0
To see more videos from user @rush.kini, please go to the Tikwm
homepage.