@lobakmerahmy: Selepas lebih 70 tahun hidup bersama, tentunya bukan mudah untuk Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kehilangan insan yang selama ini setia berada di sisinya. Datuk Seri Mukhriz Mahathir merayu orang ramai supaya memberi ruang dan masa kepada bapanya yang masih melalui tempoh dukacita selepas pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. “Tun Mahathir seperti mana yang kita boleh lihat, belum sampai seminggu menghadapi pemergian isteri kesayangan beliau yang telah bersama selama 70 tahun. “Tentu akan mengambil masa untuk beliau betul-betul menerima hakikat bahawa Allahyarham bonda sudah tidak bersama kita lagi,” katanya. Menurut Mukhriz, berada di rumah juga bukan sesuatu yang mudah buat Tun M kerana setiap sudut boleh mengingatkan beliau kepada isterinya. “Saya kira kalau duduk di rumah pun, setiap benda yang beliau pandang akan mengingatkan beliau kepada arwah bonda. Jadi mungkin lebih baik beliau berada di IJN dahulu sehingga betul-betul pulih.” Mukhriz turut merayu agar orang ramai tidak terlalu mendesak untuk mengetahui keadaan emosi bapanya ketika ini. “Bayangkan jika kita sendiri berada dalam situasi yang sama. Sudah tentu kita juga akan merasai kehilangan yang amat besar. Jadi berilah beliau sedikit ruang dan masa untuk pulih dengan sendiri,” katanya. Semoga Tun M dan seluruh keluarga terus diberikan kekuatan. 🤲🏼 Sumber: Astro AWANI
aku tetiba teringat
bait lirik lagu "When you're gone" Avril Lavigne,
"I've never felt this way before
Everything that I do reminds me of you"
2026-10-02 04:21:37
184
haiza hamzah :
70 tahun..1 jangka yg panjang.....trlalu sukar d gmbar kan...hanya org prnah alami je merasai perasaan sunyi....[Crying][Crying][Crying][Crying][Crying]...saya dah alami wlau 5 tahun bersama....
2026-10-02 02:44:02
230
Kartini Dahiri :
Beri la Tun ruang n masa kesian kat tun
2026-10-02 03:54:25
118
Nieta388 :
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, 🤲🏻
Kuatkanlah hati Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri Malaysia, dalam menghadapi kehilangan insan yang telah menjadi teman hidupnya selama 70 tahun. Setelah sekian lama melangkah bersama, kini beliau harus meneruskan perjalanan tanpa insan yang dicintainya di sisi.
Kurniakanlah beliau kesabaran, ketabahan, kesihatan dan kekuatan. Jadikanlah segala kenangan indah bersama Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah sebagai pengubat rindu dan sumber kekuatan.
Rahmatilah roh Allahyarhamah, ampuni segala dosanya dan tempatkanlah beliau di Jannatul Firdaus. 🤲🏻❤️Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
2026-10-02 04:26:09
61
NurCV3 :
Beri masa untuk Tun tenang2 ..mudah2an Allah limpahkan kesihatan dan yg sihat2 buat Tun.Bukan senang nak lalui detik perit pemergian insan yg sentiasa di sisi ..😢😢
2026-10-02 03:21:10
66
Yikoi :
Syukur la umur pun dah pjg
2026-10-02 02:39:06
13
Himanshu Himalaya :
🥰 Tun M perlu lebih masa untuk bersama Ahli keluarganya.
🥰 Orang ramai dan watak politik perlu faham keadaan umur TUN DR. M.
2026-10-02 03:14:33
33
RsAinShah_Family 💘 :
rindu paling berat adalah rindu pada orang yg tiada,rindu tiada penghujung 😔
2026-10-02 05:52:41
5
Waiyu :
Yg pernah kehilangan je akn memahami bukan senang untuk terima 😭 saya doa kn semoga Tun M kuat tabah dgn ujian Allah
2026-10-02 03:48:07
34
soulFLY84 :
mohon sgt tangkap yg komen minta Tun Ikut sekali sblm ni...
2026-10-02 04:16:35
8
suraya :
kan kata alim ulamak .kutip semua gambar yg dah meninggal jangan d pamir kan lagi dalam rumah dah tuunjok semua dalam TT .kematian semua akanati .yg d tinggal kan memberi kan doa .supaya tenang .tinggal kan dulu kat rumah anak anak .anak yg pasti bagi semangat bagi layanan jangan d sebut sebelum nama ibu .sebelum sehat .semangat hati .jika berulang kat kubur selagi tu dia susah nk melupa kan .
2026-10-02 03:25:04
5
adda7188 :
Yer bkn suatu yg mudah...aku pernah lalui saat itu di mana sj terigt ternmpk dn terbyg arwah😢
2026-10-02 04:46:00
7
user5971854124912 :
yg prnh melalui nye jer yg fham situasi ni...ternmpk² terbyg² kelibat yg tersyg
2026-10-02 10:48:51
4
Saerah/wah :
Tun wajib ubah tempat bawa berehat untuk tenang & kuatkan semangatnya semula Tun wajib reda & berlapang hati redha dgn Qada' & Qadar mmg perlu sokongan org2 yg rapat disisinya selalu..
2026-10-02 03:21:41
7
chemarziahlife55 :
Tun M satu anugerah
2026-10-02 05:10:03
4
wiyah✨🌺 :
betul2 .moga tun ,redha .
2026-10-02 03:07:30
5
Pyan44 :
betul tu ape yg di lihat oleh Tun' dlm kediaman umah nye akan buat Tun' sedih, sayu, akan wt kn jadi merosot kesihatan nye akan jadi tk keruan... pikir lh Tun' ngn arwah
begitu lame hidup bersama terlalu banyak kenangan ... lagi pulak umur Tun' dh 100tahun 1
ngn baru lagi kehilangan.. kne amik mse ckit untuk Tun' pulih
mmng sukar berat wt Tun' jalani siisa2 hidup... harap family Tun'
kne selalu di sisi Tun'.
2026-10-02 17:03:24
0
- KimShinツ࿐ :
Al-Fatihah utk Tun Siti Hasmah 🤲 Lebih 70 tahun bersama, memang tak mudah nak terima. Semoga Tun M kuat & tabah 🥹
2026-10-02 09:36:36
3
user not found :
part annoying bila media2 influencernn entah sapa2 rakam buat2 sedih dtg kubur..pastu post minta like....eh moment camtu. kita tahu mana fake gn xfake sedih....
2026-10-02 05:52:35
4
MencariRedhaAllah❤️❤️ :
Semoga Tun terus sihat, terus kuat
May Allah ease everything for Tun 🤲🤲
2026-10-02 04:45:15
2
mestihappy2026 :
betul..perlukan 100 hari atau 3 bulan
2026-10-02 03:16:00
3
Rohida Isa :
ENCIK MUKRIZ JUGAK WARIS 2 TUN YG.LAIN TOLONG JAGA TUN BETUL 2 ORANG 2 KURANG AJAR BANYAK KAT LUAR SANA. JAUHKANLAH DARI WARTAWAN 2 YG. MENULIS BENDA BURUK SAYANGILAH HARGAILAH BELIAU. TUN LEMAH SELEMAH 2 NYA.
2026-10-02 06:28:59
3
nanazairi :
kalau kita pun akan jadi mcm tun..sbb hidup bersama lama..tiba2 x dak..masa arwah ayah sy meninggal pun terasa..sampaikan pujuk hati arwah ada tapi x kelihatan ja..kalau x..tiap hari jumaat ja menangis..
2026-10-02 05:55:42
2
ku-ji :
faham . bagi la Tun ruang
2026-10-02 02:34:08
3
shafiq :
🤲🤲🤲
2026-10-02 02:56:36
2
To see more videos from user @lobakmerahmy, please go to the Tikwm
homepage.