@newswav: Penemuan minyak masak peket dan gula keluaran Malaysia dijual di sebuah pasar di Narathiwat, Thailand menimbulkan persoalan dalam kalangan orang ramai mengenai bagaimana barangan kawalan berkenaan boleh berada di negara jiran. Perkara itu dikongsikan menerusi pengguna media sosial yang mendakwa menemui minyak masak peket buatan Malaysia ketika berjalan-jalan di sebuah pasar di Narathiwat. “Yang ini memang kita eksport secara rasmi atau hasil penyeludupan?” katanya. Perkongsian itu kemudian mendapat perhatian orang ramai dengan beberapa pengguna media sosial mendakwa barangan berkenaan mungkin dibawa keluar dari Malaysia secara tidak sah. Seorang pengguna mendakwa terdapat pihak yang mengambil kesempatan di kawasan sempadan untuk mendapatkan keuntungan, manakala seorang lagi pengguna pula mendakwa barangan subsidi tidak sepatutnya dijual ke luar negara. Sementara itu, seorang lagi mendakwa penemuan minyak masak paket keluaran Malaysia bukan hanya berlaku di selatan Thailand, malah turut mendakwa ia pernah ditemui sehingga ke Filipina. Bagaimanapun, status sebenar minyak masak peket dan gula yang ditemui di Narathiwat itu, sama ada dieksport secara sah atau dibawa keluar melalui kegiatan penyeludupan, tidak dapat dipastikan berdasarkan hantaran berkenaan. #viral #fypmalaysia #tiktokmalaysia #viralmalaysia #fyp #tiktok

Newswav
Newswav
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 02 October 2026 07:00:00 GMT
48371
634
24
44

Music

Download

Comments

gibraelts
Gibrael 𝑨✰ :
narathiwat kt mana?
2026-10-02 07:14:33
5
abdul.fariez
Abdul Fariez :
pmx kena tegas dgn penguatkuasa kita
2026-10-02 13:47:02
2
miekomeng7
ruzaimi :
kan sempadan dikatakan semakin ketat kawalanyaaa..😂😂
2026-10-02 17:49:25
1
fckleman
ᛉeman :
nak tanya kenapa salah kalau jual minyak peket tu
2026-10-02 12:47:17
1
mopedrag22
skyy :
tu kampung nenek aku siaw
2026-10-02 07:38:30
2
anand.nanba
Anand Nanba :
😂😂😂 negiri mana dekat
2026-10-02 18:13:12
0
almaoscura46
AlmaOscura :
Tanya lor mcm mana boleh lepas sempadan ?
2026-10-02 08:24:00
1
megamega457
PANDA :
biasa bos kastam tak nampak
2026-10-02 10:14:54
0
ayimm.636
Ayimm :
thailand tak buat minyak paket ke .. tanya je
2026-10-02 13:12:15
0
domam51
domam :
Bagus kerajaan my. bkn sahaj berkongsi dgn rakyat my, malah membantu rakyat Thailand. Moga rakyat Thailand menghargai bantuan subsidi ini ☺️
2026-10-02 07:03:00
2
.air.panas
.air.panas. :
ini ke yang dimanakan tiada rasuah, kenapa tiada duit lagi ke Anwar
2026-10-02 09:23:51
0
davidbilla052
DavidBilla05 :
Rasooova dan blacan..tiada berpisah!
2026-10-02 13:55:01
0
mandarinwithsue
Sue | Mandarin 🇨🇳 :
Pernah jadi macam ni? 😭😂 Pernah terfikir nak belajar Mandarin untuk improve your skills? 👀 Kalau pernah, comment “NAK” 👇🏻 I’ll invite u to join my FREE Mandarin Class ✨
2026-10-02 12:27:22
0
wrbmdg
Autowin :
Tp nanti “hero” dtg hentuk kepala tarik telinga sorang2 🤣🤣🤣🤣
2026-10-02 07:35:26
0
moudy_lobak
local delicacy :
mana menantu Ismail Sabri?
2026-10-02 07:31:22
0
satyanantharao
Satya Nantha :
Kat border Tu kerja ke tak😏😂
2026-10-02 14:01:17
0
knda436
𝓐𝓭𝓪𝓶🩸 :
😂😂😂
2026-10-02 07:05:48
0
To see more videos from user @newswav, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About