@ikimfm.my: Mak ayah semakin tua… kita sedar tak? 🤍 Dulu merekalah yang memimpin tangan kita, menjaga ketika sakit dan sabar melayan setiap kerenah. Hari ini, langkah mereka mungkin semakin perlahan, tenaga semakin berkurang dan cerita yang sama mungkin diulang berkali-kali. Dalam kesibukan mengejar kehidupan, jangan sampai kita terlupa bahawa masa bersama ibu bapa juga semakin berjalan. Kalau mereka masih ada, telefonlah, jenguklah dan luangkan masa bersama. Dulu mereka menemani kita membesar, kini giliran kita menemani mereka menua. #ikim #ikimfm #rethink #sebarkansalam #ikimfm25tahuninspirasiku