Ordinary Student :
Jujur dari tingkatan 4 sampai tingkatan 5 memang bodo pasal akaun. Subjek ni awalnya memang tak minat langsung tapi selepas cikgu bagi denda buat pembetulan 20 kali sebab gagal ujian perakaunan, disitulah mula hati saya tergerak untuk cuba belajar akaun sedikit demi sedikit, saya mula curious, mula start bertanya sama cikgu, mula tengok youtube. Masa awal tu tidak terlalu yakin lulus akaun sebab 2 bulan lagi sebelum Spm trial dan banyak topic yang harus saya cover, sebab banyak yang tertinggal and guess what?Usaha tidak mengkhianati hasil, time SPM trial saya dapat C+ Subjek Prinsip Perakaunan. Cikgu nampak potensi saya, dari yang gagal subjek akaun cuma dapat 20 markah tiba2 naik ke C+. Cikgu bagi challenge ke saya, kalau dapat A nanti time SPM sebenar, nanti cikgu bagi hadiah. Awal2 tu masih ragu2 la, tapi cuba ja. Alhamdulillah, terima kasih atas doa cikgu dan ibu bapa saya.. Dapat A dalam subjek ni. Selepas smk, sambung politeknik ambil Diploma in Accounting. Dari budak yang benci subjek perakaunan, sekarang jadi budak yang cinta sama subjek ni. Based on my real life experience, salam dari batch 08. All the best to batch 09 dan seterusnya
2026-10-03 14:36:23