@ahmad1909: Resepi Kuah Chicken Chop Jangan lupa save. Bahan-bahan * 3 sudu besar butter * 1 biji bawang Holland (dicincang) * 6–7 ulas bawang putih (dicincang) * 4 sudu besar serbuk demi-glace (dibancuh dengan air) * 4 sudu besar sos black pepper * 2 sudu besar serbuk black pepper * Air secukupnya * Garam secukupnya * Serbuk perasa secukupnya * Cendawan butang secukupnya (optional) * 200 ml cooking cream / whipping cream Cara-cara 1. Cairkan butter di dalam kuali atau periuk. 2. Masukkan bawang Holland dan bawang putih. Tumis sehingga wangi dan sedikit keperangan. 3. Jika menggunakan cendawan shitake, rebus terlebih dahulu kemudian potong nipis. 4. Masukkan serbuk demi-glace yang telah dibancuh dengan air. Kacau hingga sebati. 5. Masukkan sos black pepper dan serbuk black pepper. Kacau hingga rata. 6. Tambahkan air secukupnya mengikut kepekatan kuah yang diinginkan. 7. Perasakan dengan stok ayam dan serbuk perasa secukupnya. 8. Masukkan ½ kotak kecil cooking cream. Kacau perlahan hingga sebati. 9. Masak dengan api sederhana sehingga kuah menjadi pekat, berkrim dan beraroma. 10. Tutup api dan kuah Chicken Chop siap untuk dihidangkan bersama chicken chop, kentang goreng dan coleslaw. Tip: Selepas masukkan cooking cream, gunakan api sederhana dan kacau perlahan supaya kuah kekal licin dan berkrim. Selamat Mencuba 😋 #sosperapan #sosperapanbbq #bbqgrill