@broochoutlet: Apa khabar perempuan naik kancil merah dengan muka menakutkan cari anak dara sunti nak hisap darah yang kecoh pada tahun 1997 dahulu kala? Dah jadi makcik atau nenek barang kali ketika ini.... Hantu Purdah yg pernah hangat diperkatakan pada tahun 1997... Katanya pernah terjadi di Kuantan... Wallahualam... HANTU PURDAH dengan Kancil merah menggemparkan seluruh penduduk di Semenanjung Malaysia pada tahun 1997. Sebenarnya ia cuma gelaran "Hantu Purdah" padahal bukan hantu, dia seorang gadis di sebuah pusat pengajian tinggi (IPT) yg kurang cantik dan kurang memikat. Bak kata orang muka biashe biashe jer... Pada suatu hari gadis tersebut nekad untuk berjumpa dengan bomoh/dukun untuk memasang susuk diwajahnya. Syarat yg dikenakan adalah tidak boleh melihat cermin selama 44 hari.Gadis tersebut pun setuju. Hari demi hari, wajah gadis tersebut menjadi kegilaan para lelaki di pusat IPT tersebut. Gadis itu tertanya-tanya cantik sangatkah mukanya sehinggakan ramai lelaki yg memuji kecantikannya itu termasuklah rakan perempuannya sendiri. Gadis tersebut penasaran dan tidak sabar untuk tunggu tempoh pantang selama 44 hari itu. Dia mahu juga melihat wajahnya di cermin walaupun sebentar. Semasa dia melihat wajahnya di cermin muka dia kelihatan buruk dan busuk. Lebih buruk dari sebelum dia memakai susuk itu. Gadis itu bergegas ke rumah dukun yg memasangkan susuknya. Dukun itu memberi syarat jika ingin wajahnya pulih dan cantik seperti sediakala dia mesti menghisap darah seramai 44 orang anak dara sunti. Menurut cerita,dia menggunakan jarum peniti untuk menghisap darah mangsa. Gadis tersebut menyamar sebagai penjual kain. Dia pergi dari rumah ke rumah untuk melihat samada didalam isi rumah yg dia pergi itu ada anak dara sunti ataupun tidak. Jika ada dia akan menggunakan ilmu hitamnya yg telah diberi oleh dukun tersebut. Kes pernah terjadi di Kuantan,Pahang. Dimana hantu purdah ini pernah mencucuk jarum peniti ke tubuh anak dara sunti yg sedang tidur di dalam bilik, namun disedari oleh ibunya. Gadis purdah pun lari dengan Kancil merah kepunyaannya. Wallahualam... Kes gadis berpurdah ini pernah masuk didalam berita TV3 dan juga surat khabar suatu ketika dulu. Sehingga kini kes itu diam sahaja. Hantu Purdah yang pernah menghantui pada tahun 97 dulu terkubur dan diam begitu sahaja. Sumber: Facebook #kenanganzamansekolah #kisahseram #justsharing

brooch_outlet
brooch_outlet
Open In TikTok:
Region: MY
Saturday 03 October 2026 13:11:41 GMT
22995
148
22
31

Music

Download

Comments

sitihazanah.supaa
mimey 84 :
seram...wuiiii dulu2...bilik air dah la kat luar rumah...sib baik tak kena kokak tak tau la betul ke tidak cerita ni..tapi tkut masa tu🤣🤣
2026-10-04 08:03:30
2
ericca77353
Zai ❤️🤍 :
tahun 97..nasib baik aku dh beranak.2 masa tu..[Ketawa]
2026-10-04 13:11:40
0
hunny88bunny
Cery Al-Shahab🍒 :
Kt kuantan ke? Sy kg kt kluang johor time tu pn kecoh kt area sna
2026-10-04 06:17:28
0
persada104
PERSADA :
Teringat citer ni masa duduk taman daya
2026-10-04 23:46:51
1
afiz8615
hafiz :
macam filem wanita bertudung hitam👍👍👍
2026-10-03 22:12:47
2
saiful16691
saiful :
sampai dekat muar kecoh masa tu..😁😁
2026-10-05 16:46:41
0
nordalina.nor
slendrina :
ingat dekat sarawak..[Tepuk muka]sya masa tu darjah 6
2026-10-04 23:14:41
0
niccotynne79
nicc o tynne :
Time nie dah kerja kat setiawan perak. Baru lepas spm. Kalau balik memang berdezup ex5 aku pulas
2026-10-04 19:17:38
0
ema.apai
Ema Apai :
umur 10 thun tak thu apa kisah ni😅
2026-10-04 08:26:38
0
maizuramahmud
myzura :
ya betul..aku sendiri pun. sama masa time tu dulu..mak 2 ,makcik2 jiranlh semua selalu cerita pasal tu ...sampai sekrng aku ingt tklupalh😱
2026-10-04 06:54:52
0
nazri.aj
Nazri AJ :
Dia bukan hantu tapi wajahnya boleh nampak kalau pandang boleh pengsan….
2026-10-04 22:36:55
0
meowjajak25
AJ :
ada kr kncil masa tu
2026-10-04 07:21:10
0
www.lilynajwa
🍏 C I K A P P L E 🍏 :
mase ni sy drjh 6...ingat lagii..sumpah takut nk kluar kelas 🤣🤣
2026-10-04 16:33:36
0
missria1980
missriafiza :
pengalaman paling seram
2026-10-04 01:34:21
0
wanmei875
WANMEI :
sumpah aku sampai nangis wei masa balik sekolah
2026-10-04 04:33:56
0
aloney166
safar(G.S.L) :
2026-10-04 06:22:34
0
emiekuantan1
emiekuantan :
hantu purdah.
2026-10-04 04:38:10
1
iskandar0388
Iskandar0388 :
sumpah kum kum kum
2026-10-04 06:56:02
1
To see more videos from user @broochoutlet, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About