@penulisaksaraberita: BATU PAHAT - Seorang pelajar tingkatan empat ditemui mati disyaki dibunuh di dalam sebuah sekolah menengah di Yong Peng di sini pada Sabtu (3 Oktober) Pelajar berusia 16 tahun itu ditemui sudah tidak bernyawa di dalam dewan pada sebelah petang. Menurut sumber, mangsa yang dipercayai tinggal dengan neneknya ke sekolah sebelah petang menghadiri kelas tuisyen. "Berita kehilangan mangsa yang dikenali sebagai Airin Sofea disedari neneknya selepas rakan mangsa bertanyakan mangsa berada di rumah atau tidak pada tengah hari tadi. "Selepas menyedari mangsa tiada di rumah, neneknya bergegas ke sekolah dan menemui mangsa sudah terbaring dalam keadaan lemah. "Mangsa ditemui terbaring lemah dengan kesan darah sudah kering, ada kesan lebam seperti kena pukul. Semasa jumpa mangsa masih sedar sebelum tidak sedarkan diri,"katanya. Sumber itu berkata, mangsa merupakan anak yatim tinggal bersama neneknya di Batu Pahat selepas kematian ibunya. Manakala, difahamkan bapa mangsa bekerja di Kuala Lumpur. Sementara itu, polis akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. HABIS//
penulis_berita
Region: MY
Saturday 03 October 2026 17:44:25 GMT
Music
Download
Comments
adamworkshop :
Tolong lepas ni jangan adakan filem atau cerita tentang buli. Contoh nya mcm kapla kepala bapak la, kudrat kepala bana la, apa apa je la. Disebabkan cerita mcm ni la ramai nak jadi gengster dan membuli orang. Semoga Allah melaknat orang yang suka bunuh ni 😭😭
2026-10-03 19:31:33
5622
rahsia🫣 :
dah sampai masa nya sek d pasang cctv drp lencana Malaysia.
2026-10-03 20:10:40
2397
ibu Siti :
bila guru diikat kaki tgn utk bentuk disiplin murid.....
2026-10-03 23:24:02
927
E-jun :
Makin gila bdk² skrg..skolah lg dh membunuh. Bdk² dulu jahat² pun jarang la dgr sampai mati anak org.
2026-10-03 19:30:53
1382
Zul :
aku guard skolah. senang cter lepas rondaan lepas 2 jam aku tetap pusing. lpas tu ada budak berkumpul. gurau kasar, aku mrh kan je. berkumpul tempat x patut pon aku marahkan je. lepas tu dtg parent marah aku. ko sape nk mara ii aku. aku lantak kan je. aku wat kje aku. sbb ape. sbb bende ni la. jgn anggap remeh budak ii bergurau kwn ii sekerja ku. lantakkn org nk mrh. nk hina kita. wat je keje kita. org x fhm kje kita. bila jadi sesuatu bru kita dipersalahkan. so aku tetap akn terus mcm ni. semoga dijauhkan perkara tak diingini ditempat kawalan kita. semoga tenang kau disana dik. alfatihah
2026-10-04 02:33:18
107
cb5 :
negara kita bersedih lg...mkin melampau isu buli dlm negara kita dh x blh di pndang ringan
2026-10-03 18:29:56
1480
cucu kasno :
sakitnye hati xde sekor pun penghuni dalam sekolah tu terserempak dgn jasad arwah,, nenek dia dari rumah datang sekolah dia jumpe dh terbujur kaku,suspek ramai sbb dlm sekolah harap kes ni jgn senyap je kami nk tahu kesudahanye, alfatihah
2026-10-04 00:24:59
334
akulahcikpiahh :
jgn bagi sekolh buka sehingga Kes selesai Dan cikgu² serta petugas ditahan gaji sehingga Kes selesai....melampau batas!!!!!!! sekolah skrg juga bukan tmpt yg aman buat ank²......
2026-10-03 23:21:03
164
dak_memey :
guard xde buat rondaan ke???smpai nenek mangse dtg yg jmpe sndri??..ape guna guard disekolah????xde safty langsg diskolah.....lpas ni ketua guard kne bertegas la.....cek tandas2 dan dlm klas lpas ank2 hbis skolah....skolah pon kne wajibkn ad guard prempuan juga boleh cek dlm tbdas prempuan juga..kejadian mcm ni slalunya bermula dri tndas ....
2026-10-03 23:06:06
166
hasimahshima173 :
Makin byk kes bunuh di sekolah... Semua dlm pemerintah an kerajaan Madani... Tlg buat sesuatu menteri pendidikan..
2026-10-03 23:12:48
77
@re_yu Ok 🦄🐝 :
zaman sekarang ni budak terlalu ingin tunjuk siapa hebat siapa kuat..anak saya hari² dekat sekolah kawan pukol dia..ada masa dia balas juga bila dia dah tak tahan sangat..tapi hati seorang ibukan tetap takut..takut terbalas kuat..takut jadi apa2 dekat anak orang..tapi kadang sedih juga..benda jadi bila cikgu tak ada dalam kelas..bila anak mengadu kawan buat cikgu buat tak tahu je..tapi saat anak balas Dan kawan yg buat tu mengadu anak kena marah..kadang anak dia balik2 dia Tanya kite.. ummi kenapa cikgu suka tak percaya cakap abang..padahal kawan abang yang buat abang dulu..kenapa abang je asyik kena marah n kena pukol dengan cikgu... huarrghhh hati ibu mana yang tak tersentak... orang membuli seronok membuli sbb dia sentiasa lepas..😔😔
2026-10-03 20:13:27
149
Sepolnizam :
Zaman aku sekolah dlu x da kes2 berat smpai mcm nih . Skrg mcm2 hal dlam sekolah . Allah . Sedih . Kedepan nnti lagi mcm2
2026-10-03 18:58:42
255
YuYuN :
semoga tenang adik di alam sana bersama ibu tercinta ... dan berharap adik dpt keadilan yg sepatutnye . kpda yg buat adik irene sofia semoga kamu mndapat balasan setimpal .
2026-10-03 18:35:53
499
AdillaAkhair :
psg la cctv cepat skit kt skolah..cadang dah lama dah..ape lembab beno menteri ponnnn
2026-10-04 00:42:28
10
Rizal :
xlama lg akn jd kebiasaan budak2 membunuh ni.dah cikgu yang tegas pun kena Sispaa...budak tgk cikgu pun mcm tgk kawan.zaman dulu tgk cikgu rasa takut..lagi2 klu cikgu tu warden/PK hem/ cikgu disiplin. huhu. Sekolah aku dulu ustaz pun bkn main garang
2026-10-03 21:53:55
128
Dak_Enal :
akibat guru2 x boleh mendidik dengan tegas lahirlah manusia2 yang tak tau batas…
2026-10-04 01:04:22
144
𝐓𝐎𝐊 𝐚𝐢𝐞𝐲 :
Selagi madani pegang gomen , xkan habis masalah ni kerana zaman madani adalah zaman MONEY AND CABLE IS KING..
2026-10-04 01:26:40
35
Syazwani :
dua je yang risau sekarang. takut anak dibuli, takut anak buli anak org 😭 moga Allah menjaga anak anak kita 🥺
2026-10-04 01:04:25
94
🌹Bungan🌹 :
rasanya duit sumbangan pibg skng kena invest utk pasang CCTV di sekolah..makin hri makin rasa tak selamat nak hntr anak pergi sekolah..Salam Takziah utk keluarga mangsa..
2026-10-04 01:10:22
6
Jiwe Kacau :
Apa tindakkan menteri pelajaran dan pihak sekolah... makin kerap kes2 sekolah nie, bukan biasa2 sampai hilang nyawa...
Al-Fatihah buat arwah..
semoga allah ampun dosa2 arwah dan tempatkan arwah dalam golongan hamba solehah disisi nya..
Aamiin
2026-10-03 19:06:48
110
Hazaldelara :
Pelik la makin menjadi-jadi pembunuhan disekolah sejak berganti menteri pelajaran ni .. #kita jaga kita..
2026-10-03 22:25:35
4
mynameis? :
asal budak sekarang makin suka ehh dengan gelaran pembunuh ni
2026-10-03 19:15:56
216
syydsfr :
kesan guru tak boleh rotan murid
2026-10-04 00:47:20
9
Jack sparrow2.2 :
Bila cikgu x boleh denda atau merotan bdk yg bermasalah. Bdk2 jd besar kepala.
2026-10-03 23:12:57
8
Nur Aien :
Kita sek dulu,bt salah kena hukum.sek skrg mane boleh,sikit2 nk saman,adu sispa bagai..tgk la ape jadi.
2026-10-03 22:30:29
29
To see more videos from user @penulisaksaraberita, please go to the Tikwm
homepage.