@adawiahabrahman97: Remaja yang direman hari ini dipercayai rakan sekelas mangsa.. Remaja yang dipercayai rakan sekelas mangsa itu tiba di pekarangan Mahkamah Batu Pahat kira-kira pukul 10.20 pagi dengan menaiki kenderaan polis. Mangsa dan suspek dilaporkan merupakan pelajar dari sekolah yang sama. Dalam kejadian itu, Irene Sofiya ditemukan tidak bernyawa oleh nenek dan rakannya yang mencarinya di sekolah selepas mangsa tidak pulang ke rumah. Sebuah telefon bimbit, sepasang pakaian dan selipar dirampas polis selepas menahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang disyaki terbabit dalam kes bunuh seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Yong Peng di sini pada Sabtu. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, suspek ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat kira-kira jam 7 malam pada hari kejadian. Menurutnya, suspek ditahan di sekitar Yong Peng selepas polis menerima maklumat berhubung penemuan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah. “Semakan ke atas rekod jenayah lampau mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau. “Turut dirampas daripada suspek adalah sebuah telefon bimbit, sepasang pakaian dan sepasang selipar,” katanya dalam kenyataan pada Ahad. Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang 3 Oktober lalu, polis menerima maklumat daripada orang awam yang menemui mangsa dalam sebuah dewan di sebuah sekolah di Yong Peng. Mangsa, Irene Sofiya Mohd Khairool, 16, mengalami beberapa kecederaan di beberapa bahagian kepala serta badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Suspek kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman dan dibenarkan ditahan selama enam hari bermula 4 hingga 9 Oktober bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif dan punca kejadian .. #fyp #IreneSofiya #kestranding #trending #fyp

Biey Adawiah🇲🇾🇹🇭
Biey Adawiah🇲🇾🇹🇭
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 04 October 2026 09:12:14 GMT
134184
1807
111
412

Music

Download

Comments

anggunjuwita88
AnggunJuwita :
PENJARAKAN seumur hidup! Baru helok jadi pengajaran buat pembuli lain!
2026-10-04 11:52:10
58
chik_nurul91
cHik_nurul91 :
dh mcm2 kes budak2 sek... yaAllah jdi tkt nk hntr ank sek pn... kita tntng ank bgaikn mnyk yg pnh..tkt kjdian bkn2 brlku... salam tkziah buat fmly arwah,ank syurga... smga awk tng dsna ...
2026-10-04 10:57:54
52
fie3434
Fie34🫶 :
Sy takut ya Allah nk kata apa2🥲sb sy ada ank lelaki..tlng la jgn uji sy dgn ank2…🤲
2026-10-04 11:26:47
23
norlinmoktar828
mamaleen :
jgn lh tuduh dulu..blom terbukti dia berslh😥 nauzubillahiminzalik..moga Allah lindungi ank2 lelaki Dan perempuan ku😭😭
2026-10-04 11:06:11
27
mantu.pakmail
🥀 :
Allahu akbar 😭😰harapnya bukan di kalangan pelajar pembunuh nya sbb terlalu muda...semoga aku dn ank2 ku dijauhkn dr dugaan hidup bgini rupa😭
2026-10-04 12:29:23
15
dhiaadianna0
Dhia Adianna :
sepatutnya perlu ke ada CCTV disek JDI blh thu apa yg berlaku disek
2026-10-04 13:07:42
1
benciorangbinlod
NOR FARHANA ZON BAKRI :
Sebaya anak aku wei.. Sayang,perjalanan awak tu jauh lagi. Gamaknye awak
2026-10-04 10:42:35
6
qis_4799
Qistina :
budak2 zaman skrng mk pak hantar Pi sekolah suruh cari ilmu BKN cari cinta
2026-10-04 09:52:34
10
joker.tersakiti
Joker :
klu lelaki dgn prmpn jarang bab buli biasa.mslh cinta.
2026-10-04 12:42:07
6
zubaidahsuzie210
zubaidah :
ya Allah sebaya dgn umur lelaki saya 17 tahun
2026-10-04 11:01:01
7
gapo_namo
alivemart :
abis msa remaja didunia ini....
2026-10-04 10:21:45
7
mefatinhidayah
Ftynhdayah :
Dulu kalau membuli main nama bapak mak yo, tu pun dah sakit hati main mental, takda sentuh2 sekarang advance terus mati di kerjakan …
2026-10-04 12:27:30
2
faizpaklah
faizPaklah :
sampai nak rotan pelajar pon xbleh skaragkn, mcm2 la.
2026-10-04 12:05:24
4
seereeneeee
serenity :
nak jadi educated parents yg mampu buat homeschool 🥺
2026-10-04 12:00:01
2
noereen188
Seychá :
Muda lagi kau Dik..baru 16 tahun AllahuAkbar
2026-10-04 12:10:01
1
aiman.radhi
aiman radhi white :
Berat ujian yg Allah beri pada budak2 ni. Tu sbb elok asing pelajar lelaki dan perempuan.
2026-10-04 12:42:07
2
anail9393
Lҽҽყα ɳα ᥫ᭡🌸 :
Kenapa budak² sekarang makin berani,sampai tahap menyebabkan kematian..mungkinkah sebab pengaruh video² /game
2026-10-04 12:03:13
0
azira_anuar
Azira Anuar :
Dik knp dikkkk Apa yg mrasuk adikkkkk time tu dikkkk.. Dikkkk msih muda lg Jauh lg pjalanan dikkkkkkkk....
2026-10-04 11:50:58
2
ikaleesya0
lizaatikah :
mungkin terlalu cemburu atau pon terlalu syg memusai diri
2026-10-04 11:55:58
1
therealcikpuanaini
SN🌸 :
kejamnya sampai dibunuh🥺
2026-10-04 10:53:30
1
mizrania79
mizrania79 :
Kenapa dik…😭😭😭berat ujiannya dan Alfatihah tuk arwah
2026-10-04 11:10:23
1
roseflowers2023
Anna Sayo :
Sungguhpun dlm usia begini dan kematangan adik blom ckup, adik mgkin x kenakan hukuman mat* Di doakan semoga adik berubah satu hari nanti okay & jadi insan yg berguna.🥺
2026-10-04 11:46:18
1
azlansyah177
AZLAN SYAH🔥🔥 :
Bgi penjara seumur hdup untk pembunuh…jgn bgi pengampunan
2026-10-04 12:59:24
0
s.y.e.r.a
Syera :
kenapa dek😭😭😭 seumuran adikku🥺🥺 risau nya budak2 zaman skrg ni😢😢
2026-10-04 12:58:29
0
onlyu41054
aku dan sigemok :
Allah sedih nyer
2026-10-04 10:38:16
0
To see more videos from user @adawiahabrahman97, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About