@apakesapacerita.com: GERIK – Empat individu termasuk seorang bayi perempuan disahkan meninggal dunia selepas kereta Perodua Axia yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori dan sebuah kereta di Lebuhraya Timur-Barat (JRTB), di sini tengah hari tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, Mohd Rais Mahmud menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden dari arah Kelantan menghala ke Gerik berkenaan pada jam 12.56 tengah hari. Susulan laporan itu, sepasukan anggota bomba dikerahkan ke lokasi bagi mengendalikan operasi mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam kenderaan. Siasatan awal di tempat kejadian mengesahkan mangsa yang maut terdiri daripada dua lelaki, seorang wanita dan seorang bayi perempuan yang kesemuanya berada di dalam kereta Perodua Axia berkenaan. Seorang lagi penumpang kenderaan sama, iaitu seorang kanak-kanak lelaki, mengalami kecederaan dan diberikan rawatan awal sebelum dipindahkan ke hospital berhampiran. “Pemeriksaan oleh pegawai perubatan mengesahkan empat mangsa menin ggal dunia di tempat kejadian. “Jasad kesemua mangsa dipindahkan dan diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan perubatan,” Siasatan lanjut mengenai kronologi serta punca kemalangan kini dikendalikan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Gerik. #kemalanganmaut #keluarga #gerik
APAKESAPACERITA
Region: MY
Sunday 04 October 2026 11:40:09 GMT
Music
Download
Comments
Abam Mugor :
hati hati lah laluan ni bukan tempat nk speeding n nk tunjuk skills memotong anda..
2026-10-04 12:17:17
9
dzhul~juaumahklnt :
majority pemandu laju..x ikut had laju
2026-10-04 13:35:36
7
MW ❤️ :
sy ada dkt tempat kejadian 1230 tgh
2026-10-04 13:20:43
2
MaN :
rasanya tempat yg sama berlaku xciden bln 9 hr tu
2026-10-05 07:41:59
1
karmiera92 :
bwk 60 sdh lh x pyh lju2...
2026-10-04 14:03:00
1
Ew@n :
tdi aku lalu ikut situ jgk..sempat melihat kejadian yg berlaku,salam takziah buat keluarga mangsa,,
2026-10-04 14:41:23
5
Arepoker@90 :
org skng bawak kereta double line pn nk memotong lg....saya nyaris jd mangsa...xkena xpa!kena mkn xabis?
2026-10-08 23:30:42
0
men kola :
jalan raya timur barat ni dari ketika ke Jeli MMG bahaya..Klau sesiapa yg x biasa melalui jalan tersebut di galakan memandu di waktu siang sahaja Sb pada malam hari MMG bahaya bnyk binatang liar akn lintas di sekitar laluan Gerik ke tasik banding atau di jeli
2026-10-04 14:09:08
0
ABE DBD :
kalau dari Kedah.. lepas tasik royal belum tu sikit ja tdi.. situ jalan menurun MMG bhya la memotong.. tak akan nampak pihak yg akan datang dari hadapan.. apa pun Allah yg menentukan segalanya.. Takziah.. menitis air mata tngop tadi..
2026-10-04 15:01:08
3
RahimRazak :
tgk kwsn garisan berkembar, mungkin kereta axia cuba memotong kenderaan x lepas, kejadian begini biasa berlaku
2026-10-05 05:51:28
1
Mekza76 :
allahuakbar..sy bru je lalu time tu..mksudnya excdnt tu blkg sy la sbb sy pn arah kelantan ke grik td...selisih ngn bomba ambulans arah ke kelantan
2026-10-04 14:45:00
1
5U_r4Y4 :
ehh upenya anak kwn yg eksiden...1 kg...arini bru tau...takziah ery
2026-10-06 02:52:51
0
MarRomeo🌹 :
al fatihah bt mangsa yg terlibat
2026-10-04 15:20:53
0
amdin :
sepatutnye jln ni dh lama dinaiktaraf
2026-10-04 15:24:20
0
Din :
Allahuakbar .. masuk lorong sebelah tu .. Salam Takziah .
2026-10-04 13:10:17
0
Ayie :
Allahuakbar
2026-10-04 14:34:16
0
zatulshah :
2026-10-04 14:48:24
0
Amy aimi salehin :
al fatihah buat sekeluarga aruah
2026-10-04 11:47:59
0
FANTAGURL :
ya,berada di tempat kejadian sebab lalu dari terengganu ke ipoh..sebak, nak menangis nampak mangsa tersepit dalam kereta dengan yang berpayung kat rumput, lepas tu tak lama kemudian lalu bomba,ambulan dan polis ke tempat kemalangan, semoga keluarga arwah yang meninggal (axia) tabah, salam takziah
2026-10-04 15:36:08
1
Syam clown :
dulu bising jalan teruk tak terurus , sekrang jalan dah cantik jangan la memandu laju bahaya tambahan bila musim hujan ni jala lincin , nampak mcm terbabas mengantuk ke @ potong di garisan berkembar tak lepas...
2026-10-04 14:23:29
3
Zahir Ismail :
tadi lalu ramai pemandu malas ikut [email protected] memotong digarisan berkembar.Mgkn ini salah satu mereka itu dan mengakibatkn perkara buruk terjadi
2026-10-04 12:47:44
3
MaN :
tempat yg sama rasanya bln 9 hr tu
2026-10-05 07:41:21
0
To see more videos from user @apakesapacerita.com, please go to the Tikwm
homepage.