@mediaselangor: Jenazah Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, mangsa dalam kejadian bunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Arshad pada kira-kira 7.50 malam ini. Terdahulu, jenazah pelajar Tingkatan Empat itu dibawa ke kediaman neneknya di Kampung Parit Selamat, Yong Peng pada kira-kira 6.30 petang selepas proses bedah siasat di Hospital Sultanah Nora Ismail di sini selesai. 🌐 Lebih berita terkini di mediaselangor.com! #MediaSelangor #IreneSofiya