@niknurerlina: CINTA DITOLAK PUNCA IRENE SOFIA DIBUNUH “Dia sangat mementingkan pelajaran dan mahu berjaya dalam hidup. Cita-citanya mahu menjadi doktor seperti arwah ibunya. Dia pernah bertanya doktor apa sesuai untuknya. “Berdasarkan apa yang kami tahu, dia tidak berminat untuk mempunyai teman lelaki ketika masih bersekolah,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Parit Selamat, di sini semalam. Nur Faeza berkata, Allahyarham seorang yang pendiam, rajin mengulang kaji pelajaran, malah sering memperoleh keputusan cemerlang di sekolah. “Kalau ada peperiksaan, Fiya akan mendapat tempat pertama atau kedua dalam tingkatan. Dia juga berpotensi memperoleh keputusan 9A dalam pe­periksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Fiya adalah antara pelajar harapan keluarga dan sekolah,” katanya. Bercerita mengenai kejadian, Nur Faeza berkata, rakan sekelas anak saudaranya telah ke rumah nenek mangsa selepas me­nyedari Irene Sofiya tidak berada di sekolah selain menemui motosikal miliknya di sebuah kedai di hadapan sekolah berkenaan. “Rakan-rakannya mula berasa tidak sedap hati sebelum saya bersama nenek dan beberapa rakan sekelasnya ke sekolah untuk mencari Irene Sofiya. “Kami mencari di seluruh kawasan sekolah sebelum akhirnya menemui Irene Sofiya dalam keadaan terlentang di dalam sebuah dewan,” katanya. Menurutnya, rakan-rakan sekelas yang menemui Irene Sofiya menjerit selepas melihat Allahyarham berlumuran darah, namun masih bergerak dalam keadaan lemah. “Daripada keadaan pakaian­nya, kami mendapati tudung yang dipakainya seperti disentap dari belakang ketika dia cuba melarikan diri sebelum kepala­nya dihentak menggunakan objek keras,” katanya. Tambah Nur Faeza, berdasarkan maklumat daripada rakan-rakan sekelas, suspek yang direman polis adalah pelajar berusia 16 tahun. “Saya tidak dapat membayangkan kesakitan dan ke­sengsaraan yang dia tanggung sebelum kami menemuinya. Ba­yangkan dia berada dalam kesa­kitan dengan berlumuran darah, namun tiada siapa tahu keadaannya ketika itu. “Kami tidak pernah menyangka perkara sekejam ini boleh berlaku kepada anak saudara saya,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis ­Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, seorang remaja berusia 16 tahun direman enam hari bagi membantu siasatan kes ­kematian pelajar perempuan tingkatan empat di sebuah sekolah di Yong Peng di sini semalam. Katanya, lelaki itu ditahan kira-kira pukul 7 malam kelmarin di sekitar Pekan Yong Peng ­selepas pihaknya menerima laporan ­berhubung kejadian tersebut. “Polis turut merampas sebuah telefon bimbit, sebuah beg, sepasang pakaian dan sepasang selipar bagi membantu siasatan,” katanya semalam. Ab. Rahaman berkata, mangsa dipercayai mengalami ­kecede­raan akibat dihentak menggunakan objek keras, namun perkara itu masih dalam siasatan polis. Tambah beliau, proses bedah siasat terhadap mayat mangsa dijalankan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat dan kes disiasat mengikut ­Seksyen 302 Kanun Keseksaan selain motif kejadian masih dalam siasatan polis KOSMO ONLINE

Elly~Na
Elly~Na
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 05 October 2026 02:20:52 GMT
325126
9338
806
2765

Music

Download

Comments

d_ghandimathi
Ghandi ⚜️👑🌤️ :
Masalah ini mmg tular disemua sekolah... Boleh pulak dia bunuh org dia sayang... Bayangkan betapa sakit otak budak ini... Biar duduk dalam penjara...
2026-10-05 04:15:35
554
ytrewq56527
qwerty :
kenapa anakkk!!!! kenapa awk buat kawan awk mcm tu!!!! awk dh musnahkan masa depan awk dan kwn awk tu. smg ada keadilan utk adik Irene Sofiya!!!!
2026-10-05 03:39:45
427
bobdzul77
Bob D'zul :
hukuman mati lebih sesuai utk pelaku
2026-10-05 05:30:28
159
user4172713581201
MD sujon 6998 :
Aku dah agak punya!!!, dah terbiasa dari kecik apa nk dia dpt ,pas tu dah besar cinta x berbalas nk ragut pulak nyawa org.Kasihan bapa mangsa da la hilang isteri hilang pulak anak dlm keadaan tragis
2026-10-05 04:25:58
218
riniemarini178
riniemarini178 :
org yg kawen pun nyesal dik🤣🤣jgn hanyut dgn cinta... dusta semata-mata..
2026-10-05 05:28:06
159
mat_bmw76
ish :
Sudah tiba masa nya, pelajar sek diajar undang² jenayah Malaysia. Fahamkan mereka tentang undang² jenayah dan apa hukuman nya, kerana masyarakat sekrg kurang bercakap jd mereka tidak dpt info yg wajib mereka tahu jika ingin melakukan jenayah serta hukuman yg mereka akan terima jika melakukan jenayah.
2026-10-05 04:17:10
151
juhana1977
Juhana Jamaun :
Nnti mesti menteri pendidikan akn kata kesian sbb si pelaku calon SPM thn depan....
2026-10-05 05:11:44
50
normala702
mala70 :
kes mcm ni x prnah berlaku dizaman saya skolah 80an kami cukup takut dan hormat guru..takut dan hormatnya sampai nk angkat muka pun fikir bnyak kli selisih dgn guru cepat2 ketepi bagi ruang kt guru lalu.. klu dipangil ke bilik guru walau x buat kesalahan jantung berdegup laju sejuk kaki tangan..bila buat kesalahan dirotan dicubit di denda bdiri atas meja kami jalani tampa rasa dendam atau sakit hati..bila mengadu pada fmly kena rotan jgn mimpi dpt simpati silap2 kena tambah lg..jauh sgt beza dgn anak2 ibu2 dan guru2 zaman skrg..diskolah guru tidak lg diberi hak utk merotan atau denda murid yg buat kesalahan hanya bolih menegur sahaja..dirumah pula ibu bertuankan anak mungkin x smua tapi itulah yg berlaku skrg..rasa hormat anak pada makayah pun x sekuat mcm kami dulu..apa2 pum moga ada keadilan buat smua..
2026-10-05 07:44:29
19
muhammadrahim8541
rahim :
mak bapak pembunuhan harus di pertanggung jawab.
2026-10-05 04:41:01
22
iedalmie
ieda empire :
kahwin xsemuanya indahhh oiiii
2026-10-05 05:36:36
16
mohdzamriibrahim79
MZamriIb :
Laksanakan tindakan tegas kpd pelajar yg suka membuli dan bawa masalah. Buang sekolah
2026-10-05 04:38:18
25
matt_sann
MattSann :
Girls.. stay away from this kind of people..!! Jellousy, hot-tempered.. you can see from the first date.. so avoid him/them at any cost.. he might hurt you physically, mentally and might k**l you.. stay away please!!
2026-10-05 05:24:22
0
nurulwawa793
Nurul wawa :
Org tolak cinta pun sampai nak bunuh…serius mmg mental giler..baru budak sekolah dah pandai bunuh anak org😡😡
2026-10-05 07:29:29
12
arepeace73
Arepeace73 :
Tulah…mansuhkan lg hukuman rotan di sekolah….inilah impaknya….KPM wajar mempertimbangkan semula hukuman rotan di sekolah…jika tidak makin ramai lg remaja yg akan jadi pembunuh…
2026-10-05 04:50:12
14
cikhatykatts
KattsKhaty :
ko carilah awek lain..ni sampi mmbunuh ...Allahhh
2026-10-05 03:42:45
66
putraaby77
PutraAby :
sekolah dipasang CCTV kah seperti yang dijanjikan oleh pihak kementerian sebelum ini ?
2026-10-05 05:15:04
6
shabihah4
shabihah4 :
Mengapa kau bunuh dia dik..dia anak yatim, dia anak tunggal, dia anak harapan keluarga, dia harapan sekolah...Sampainya hatimu dik, andai dia enggan ..maknanya kau kn usaha dan sama2 bel hingga berjaya dgn cemerlang..tp kau gelojoh..kau marah..kau xsabar...akhirnya berjecai semua hrp keluarga dan masa dpn sendiri...bertaubatlah ! Al fatehah buat fiya..tenanglah di 'sana'..
2026-10-05 04:06:36
73
user8846345787600
zali :
alahai dik... kenapa sampai bunuh... ramai lagi yg lain boleh cari
2026-10-05 03:49:45
28
asapketum
LAA :
bkn begitu caranya nak menunjukkan cinta...gapai kejayaan dulu br kejar cinta, ia akan dtng dgn sendirinya😢😢😢
2026-10-05 05:05:36
21
rumor25
muaz :
pembunuh ingat makpak dia guru, dia boleh lepas...pastikan hukuman setimpal...jgn bawah umur di jadikan alasan...
2026-10-05 04:47:14
162
haslizah_rozali
حسليزاه روزالي :
sebb tu aku larang sekeras kerasnya bdk2 yg couple ni... percaya tak kalau aku ckp... mak ayah menyokong dan merestui .. ada yg siap biarkan anak2 sebilik ... sedih wei ... xtau nak kata ... aku dah tegur...dah rotan...dah larang .. tp mak ayah tetap backup .. so...bahagian aku dah habis ....
2026-10-05 03:57:50
64
apampergi11
apam pergi :
aku yg single ni pon kalau aku tgh syok kat sorang perempuan ni tapi perempuan yg aku tgh syok ni reject aku tapi aku xde la sampai nk nekan2 perempuan tu sampai nk bunuh2💆💆
2026-10-05 05:26:46
7
mollyfifie
Noris 🌺 :
🥺🥺🥺sedih sangat.napa dik sampai bunuh anak org..
2026-10-05 03:46:19
20
zeezi02
Zee ❤️❣️❤️.... :
Belum apa2 dah tunjuk sikap baran....
2026-10-05 03:50:23
25
akbal.yusof
Akbal yusof :
Jaga solat anak2.. Pastikan mereka solat jika x mahu keistimewaan di tarik.. Insyaallah.. Allah jaga orang yg jaga solat
2026-10-05 04:27:27
19
To see more videos from user @niknurerlina, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About