@astroaudionews: Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata lokasi penemuan mayat pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV). Bagaimanapun, sekolah berkenaan mempunyai kemudahan CCTV yang dipasang di lokasi lain. Terdahulu, polis menahan reman seorang pelajar lelaki yang dipercayai rakan sekolah mangsa, selain beberapa pelajar lain turut dilaporkan ditahan. #AstroAudioNews