@newswav: Alunan lagu kebangsaan, Negaraku dalam keadaan hujan lebat mencipta detik cukup istimewa sebelum bermulanya perlumbaan Formula Satu (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), petang 4 Oktober 2026. Dalam suasana trek yang dibasahi hujan, barisan pancaragam tetap teguh meneruskan persembahan sambil ribuan penonton berdiri bagi menghormati lagu kebangsaan. Menerusi siaran langsung antarabangsa, lagu Negaraku dipersembahkan hasil gabungan antara Pancaragam Pusat Kor Armor Diraja (PP KAD) dan Pancaragam Polis Bahrain. Media Bahrain sebelum ini malah melaporkan gabungan itu merupakan kali pertama pemuzik kedua-dua negara disatukan dalam sebuah pancaragam bersama. Detik Negaraku berkumandang dalam hujan itu turut menarik perhatian pengguna media sosial yang menyifatkannya sebagai antara momen paling unik dan penuh patriotik sepanjang penganjuran F1 di Sepang. Sementara itu, hujan lebat yang turun selepas persembahan lagu kebangsaan Malaysia dan Bahrain menyebabkan permulaan perlumbaan yang sepatutnya berlangsung pada pukul 3 petang dilewatkan seketika. Terdahulu, MetMalaysia meramalkan Sepang antara kawasan yang mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang. #viral #fypmalaysia #tiktokmalaysia #viralmalaysia #fyp #tiktok