@lobakmerahmy: Momen seorang bapa mendukung anaknya, Dihan, ketika sama-sama melintasi garisan penamat Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2026 mencuri perhatian ramai. 🥹❤️ Menerusi video yang dikongsikan, Dihan yang merupakan seorang anak istimewa dibawa bapanya sehingga ke penghujung perlumbaan. Saat tiba di garisan penamat, si bapa dilihat memeluk dan mencium Dihan, seolah-olah meraikan setiap langkah dan perjalanan yang telah mereka lalui bersama. “She ain't heavy, she's my baby,” "Dalam pelukan dan ciuman ayah melintasi Finishing Line bersama" tulisnya ringkas pada perkongsian tersebut. Lebih menyentuh hati, penyertaan kali ini turut menjadi momen cukup istimewa buat Dihan yang baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-18, selain berlangsung bersempena Hari Cerebral Palsy Sedunia. Kadang-kadang, garisan penamat bukan tentang siapa yang sampai paling awal. Tetapi tentang siapa yang sanggup membawa, menemani dan tidak pernah meninggalkan kita sepanjang perjalanan. Kasih seorang ayah, mungkin tidak selalu terungkap dengan kata-kata, tetapi tindakannya mampu menceritakan segalanya. Semoga dipermudahkan segala urusan untuk tuan dan Dihan. Amin.. 🤲🏼 Kredit: Wiradihan_bikeisable
LOBAK MERAH
Region: MY
Monday 05 October 2026 08:30:00 GMT
Music
Download
Comments
Are_Deep88🇵🇸 :
dia mungkin tak sempurna tapi dia ada ayah paling hebat di dunia.. adik sgt istimewa dlm hidup ayah
2026-10-05 08:44:03
3151
Ayie77 :
cinta pertama anak perempuan adalah ayam
2026-10-05 09:15:40
688
Shahzul Shazly :
Dukung bang selagi ada peluang cipta la moment bersama. Sebab bila dah takde peluang tu nanti pasti abang akan rindukannya. Peluang saya dah habis. InsyaAllah menanti peluang disyurga pulak. Al fatihah buat anak syurga saya dahlia delisha
2026-10-05 13:34:43
336
irah🤘🏻 :
Hebat uncle ni. Mana2 run pun msti dia bawak anak diaa 🥺
2026-10-05 09:19:35
667
lalalanz7 :
nnt adik plak pimpin ayah msuk syurga ya 🥺
2026-10-05 10:24:47
193
Harrishboy :
dad is god
2026-10-05 10:30:42
1
Waiyu :
Anda Adalah seorg bapak yg hebat 🥺 semoga uncle terus sihat waalafiat selalu Amin yra 🤲🏻🤧
2026-10-05 09:01:10
258
Azlan Shah37595 :
ada masa,kasih dan sayang tak boleh dinilai dengan wang ringgit..
2026-10-05 08:53:23
191
Nikhaziq@nik :
anak syurga ni lah, yg akn tarik ayah dia ke syurga😭
2026-10-05 10:31:09
147
Mona Manickam :
cried see the fathers courage.. great father u are..bless u both.. may god bless u n ur daughter sir..
2026-10-05 11:44:56
2
adam_94 :
Kekuatan dia bukan pada kaki atau tenaga tapi pada anak yg dia dukung tu,dia xkan pernah rasa penat atau lelah,respek awk bang🫡
2026-10-05 12:13:11
105
Tunny :
ya Allah moga dberi kasehatan tuk ayahnya...kuat dan dpanjangkn umur..Aamin..Aamin..Aamin...
2026-10-05 10:24:44
41
A.G_Coco :
love you both🥰🥰🥰🥰🥰
2026-10-06 00:48:34
0
FarahTyson :
no words can describes 🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰
2026-10-05 13:22:29
4
NOORHAIDAH73 :
Sahabatnya dunia akhirat.. Sentiasa mengiringi dihan dgn ayahnya... Semoga dirahmati dan dilindungi Allah sentiasa keluarga ini dan sahabatnya
2026-10-05 13:32:54
6
rizlan :
salute bro
2026-10-05 13:39:54
3
Tun Karim :
teruja melihat kesabaran keceriaan ayah bersama anak istemewa menghadirkan diri dalam perlumbaan klscm
2026-10-05 13:29:59
8
Aina Chuwa :
cinta pertama anak perempuan 🫶🏻
2026-10-05 12:43:10
5
Floor Boss Ventures 🇲🇾 :
Aku yg muka pecah pun nangis, apatah lagi korang yg pakai filter... 😭😭😭
2026-10-05 14:20:33
41
🫧_WA :
tkblh lah tgok mcm nie slow2 airmata mengalir 🥺
2026-10-05 09:41:01
26
TEÆ•ĒLF•QUË® :
smoga ak pun kuat mnjaga ank2 ku.. jdkan ak bapa yg bertangungjawab dan mmberi didikan agama utk kluarga ku. aminn
2026-10-05 11:22:37
23
Achuu 🕊️ :
x nangis pn srius x nangis😭😭😭
2026-10-05 10:22:03
41
Lyndalin :
Ayah yg Hebat buat anak nya , dimudah urusan abg wira dan dihan kak dona sekelurga 💪💪💪💪💪👍👍👍👍
2026-10-05 13:04:27
5
Mat Zai SP :
Moga ALLAH bagi kamu sayap di sana nanti, terbanglah sepuasnya anak yg baik.
2026-10-05 12:59:01
5
user679743235790 :
sedihlahhh… semoga syurga buat pakcik insha allah.. anak ini saksi di akhirat nanti yang ayah nya telah melakukan yg terbaik selama hayat nya di dunia..
2026-10-05 13:31:54
5
To see more videos from user @lobakmerahmy, please go to the Tikwm
homepage.