@onnhafiz: إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Pemergian Allahyarhamah Irene Sofiya binti Mohd Khairool Faisal dalam kejadian di Yong Peng beberapa hari lalu amat menyayat hati dan meninggalkan kesan yang mendalam, khususnya buat keluarga yang kehilangan insan tersayang pada usia yang masih begitu muda. Hari ini saya berkesempatan menziarahi keluarga Allahyarhamah, termasuk ayah, datuk dan neneknya. Sayu melihat sebuah keluarga yang sedang berdepan kehilangan sebesar ini. Tiada kata yang benar-benar mampu menggambarkan beratnya kesedihan yang sedang mereka lalui. Sebagai seorang bapa, saya turut tersentuh dengan apa yang berlaku. Sekolah sepatutnya menjadi tempat yang selamat untuk anak-anak kita menuntut ilmu, membesar dan mengejar cita-cita. Kejadian seperti ini sudah tentu memberi kesan bukan sahaja kepada keluarga Allahyarhamah tetapi juga kepada warga sekolah dan masyarakat keseluruhannya. Kerajaan Negeri tidak mahu mendahului siasatan yang sedang dijalankan dan memberi ruang sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkaitan untuk melihat apa lagi yang boleh diperbaiki dan diperkukuhkan, khususnya dalam aspek keselamatan serta kesejahteraan anak-anak kita di sekolah. Saya juga menyeru semua pihak supaya menjaga sensitiviti keluarga dan mengelakkan sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat yang belum disahkan. Di sebalik setiap berita yang kita baca dan kongsi, ada sebuah keluarga yang sedang melalui saat yang amat sukar. Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah Irene Sofiya. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman serta mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga dalam menghadapi kehilangan ini. Al-Fatihah. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah #BangsaJohor #MajuJohor
Onn Hafiz
Region: MY
Monday 05 October 2026 10:19:03 GMT
Music
Download
Comments
ilaFilla :
bg pendapat saya la..sebulan sekali kene ada kan ceramah dari penjara untuk sekolah sekolah..sekurang kurangnya anak anak ade perasaan takot nak buat benda yang tak elok.
2026-10-05 11:41:05
335
ikasyaf🕊️ :
Sebaknye tengok muka ayah dia 😭
2026-10-05 10:46:58
691
dayang zt :
sebab tu bila cikgu marah pelajar...ber couple disekolah atau buat benda² yg melanggar peraturan sekolah ibubapa jgn la backup anak...sistem pendidikan moral disekolah skrg .hancur..disebabkan parents jugalah x bg cikgu sentuh langsung anak² ...zaman dulu mana ada kes mcm nie..sebab apa perasaan takut utk buat salah menebal dlm hati dan jiwa...so memang la ketentuan ilahi tapi stp manusia Allah beri akalkan gunakan sebaiknya..ibubapa tolong la Alert gan anak²..please😢
2026-10-05 10:53:28
406
Mr silent :
dato saranan saya setiap seklh di johor kena tempatkan warden bekas tentera xpayah security guard jaga..
2026-10-05 10:49:16
400
Firdaus Tuah :
tolong ambil tindakan yg setimpal untuk pelaku walau spe pun dia
2026-10-05 10:50:07
114
Shila Ariffin :
pelaku mesti dikenakan hukuman mati. ini perbuatan org jahat dan zalim.
2026-10-05 11:25:26
48
T H A :
jahatnya la budak2 sekarang [Crying][Crying]
2026-10-05 11:02:45
25
Asma Zarah :
TERBAIK MY MBJ DATO' ONN HAFIZ GHAZI
SENTIASA MENYANTUNI RAKYAT
ALHAMDULLILLAH😥
MAJU JOHOR💙❤️
2026-10-05 10:27:16
155
Malawati Shuib :
Hancur hati melihat wajah insan2 yg kehilangan Irene
2026-10-05 10:37:08
188
Geng_Santai :
Ya Allah sayunya tgk ayah arwah😭😭😭😭..kalau aku kt tmpt abg nie..x thu lh nk redha tu bila😭😭😭😭😭😭
2026-10-05 12:17:59
5
🧚🏻♀️ :
ONN HAFIZ TOLONG BANTU KEADILAN BUAT MEREKA 😭😭😭😭😭😭
2026-10-05 10:55:10
61
Maju Johor :
Al-Fatihah buat Allahyarhamah Irene Sofiya. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. 🤲🏻
2026-10-05 10:29:06
83
AMYIKA CEO L :
Kita yang tidak mengenali Allahyarhamah pun turut rasa sedih dengan apa yang berlaku. Dunia hari ini semakin kejam, apatah lagi apabila melibatkan anak yang masih muda. Semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan keluarga diberi kekuatan serta ketabahan.
2026-10-05 10:32:00
54
M@ri@n@ :
Satu Malaysia berduka
2026-10-05 10:45:32
20
Arol :
bila tgk bapak arwah atok n nenek airmata mengalir terus
2026-10-05 11:25:31
14
RohayaAlias64 :
Lebat air mata aku 🥲🥲..tak reda lagi dgn pemergian Tun H kini adik Fiya plk menyusul..🥲🥲
YaAllah tolong kuatkan nenek,atok,ayah dan seluruh keluarga..🤲
2026-10-05 10:49:23
15
Aimi shahida🕊️🇵🇸❤️💙🇲🇾🍉 :
dato sy harap sistem pendidikan johor♥️💙 ditambah baik dr segi keselamatan,sayu hati yg terlibat ni remaja pewaris bangsa yg akan dtg😔
2026-10-05 10:31:03
50
ahmadzb :
sebak tengok si ayah. 8 tahun lepas menangis dan merana kehilangan isteri tersayang, kini menangisi pemergian anak tunggal kesayangan. 😭😭😭😭
2026-10-05 10:50:09
22
Mohd Fuaat :
jangan letakkan semua beban pada pihak sekolah je...ianya bermula di rumah...bukan di sekolah..
2026-10-05 11:07:44
143
Suhasnina Ibrahim :
ini negeri johor,in sya allah keadilan buat arwah adik irene.Semua kuasa Allah
2026-10-05 10:52:12
14
🍭 :
tolong peruntukkan cctv di semua sekolah. apa2 kes melibatkan pelajar@guru senang ada bukti kukuh.
2026-10-05 11:05:10
23
Anna Anna Usin :
kenapa sebak tengok bapa arwah..peritnya.. hancurnya ..nmpk di wajah dia..
2026-10-05 11:37:47
7
💜lēåróhãizâ💜 :
kesian tgk bapa Arrwah
2026-10-05 10:58:31
12
SuE @NN@ :
Tak blh aku bab2 melibat kan budak2 sekolah nie,,terus berair mata,,mungkin sbb anak sy baya2 arwah jer,,😢😢
2026-10-05 11:58:07
9
usman :
saya bila tengok pasti air keluar Karna saya pun ada anak sama tingkatan 4
2026-10-05 10:46:08
13
To see more videos from user @onnhafiz, please go to the Tikwm
homepage.