@azmi.jamaludin: Tiga kejadian ini paling mengerikan dalam sejarah Formula 1. Pertama, Niki Lauda pada tahun 1976. Keretanya terbabas di Nürburgring sebelum terbakar. Lauda terperangkap dalam api, mengalami kecederaan serius dan melecur teruk. Tapi apa yang luar biasanya, enam minggu kemudian dia kembali berlumba. Kedua, Ayrton Senna pada tahun 1994. Ketika San Marino Grand Prix di Imola, keretanya terbabas di selekoh Tamburello sebelum menghentam tembok pada kelajuan tinggi. Senna meninggal dunia akibat kecederaan tersebut. Lebih tragik, sehari sebelumnya seorang lagi pemandu, Roland Ratzenberger, turut maut ketika qualifying. Dan ketiga, Romain Grosjean pada tahun 2020. Ketika Bahrain Grand Prix, keretanya menghentam barrier, terbelah dua dan terus terbakar. Api menyambar hampir seluruh cockpit. Tapi selepas beberapa saat yang mencemaskan, Grosjean berjaya keluar sendiri daripada kereta itu. Tiga kemalangan ini berlaku dalam zaman yang berbeza. Tapi semuanya menunjukkan satu perkara. Formula 1 bukan sekadar berlumba untuk menghasilkan kereta paling laju. Setiap kemalangan besar memaksa sukan ini memperbaiki teknologi keselamatan mereka. Tak hairan juga kenapa gaji mereka boleh cecah jutaan ringgit. Apa pendapat anda cuba komen kat bawah. #azmijamaludin #misiniaga #f1

Azmi | The Storyteller
Azmi | The Storyteller
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 05 October 2026 14:45:14 GMT
998
41
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @azmi.jamaludin, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About