@nadi.rakyat.official: Lee Chean Chung, mengumumkan penyertaan beliau secara rasmi ke dalam BERSAMA, dengan menyifatkan keputusan itu sebagai pilihan untuk terus memperjuangkan suara rakyat melalui platform yang selari dengan prinsip dan perjuangannya. Menurut Lee, keputusan tersebut dibuat dengan segera kerana beliau merasakan “tiada masa untuk menunggu” dalam usaha melakukan sesuatu untuk negara. Beliau turut menyentuh keadaan politik semasa yang menurutnya menyaksikan pelbagai parti dan blok politik melalui proses penstrukturan serta perpecahan, termasuk perubahan pendirian mengenai kerjasama dan hala tuju menghadapi pilihan raya akan datang. Lee berkata keadaan itu menunjukkan keperluan untuk meninggalkan apa yang disifatkannya sebagai “dinosaur politics” atau politik lama, dan beliau bersedia menyumbangkan pengalaman serta kekuatannya untuk membantu perjuangan BERSAMA. Di peringkat Petaling Jaya dan Selangor, Lee menegaskan beliau akan terus memberi tumpuan kepada isu yang dekat dengan rakyat, termasuk pengangkutan awam, infrastruktur, banjir kilat, Selangor Intelligent Parking serta usaha mengekalkan kemajuan dan kesejahteraan Selangor. Beliau turut menegaskan kepentingan menawarkan penyelesaian kepada masalah rakyat, bukan sekadar berpolitik. @Rafizi @Nik Nazmi @Saiful Ramli @Faizal Rahman @dsa @Wong Chen #BERSAMA #NadiRakyat #fypシ゚viral #fypage #fyp
NADI RAKYAT
Region: MY
Monday 05 October 2026 17:03:24 GMT
Music
Download
Comments
user7605828523487 :
all yhe best
2026-10-05 22:10:21
0
SMS :
ph ni mmg tk blh d beri peluang lg..rosak sistem kehakiman n udng2 negara..parti dia sendiri pn dia tk blh nk jaga..hbs ahli mp dia letak jwatan krn tk caye dgn pm dia sendiri..cm mana rakyat nk caye dgn ph n pm cm ni..
2026-10-06 01:47:38
0
zainrahman810 :
👍
2026-10-06 00:08:33
0
salmiahjaba :
[Like][Like][Like]
2026-10-05 17:15:01
2
FADEL MENDONEA⁹😃 :
👍
2026-10-05 18:29:39
1
To see more videos from user @nadi.rakyat.official, please go to the Tikwm
homepage.