@ipd.media: USAHAWAN DISERU TOLAK RASUAH, PEGANG PRINSIP INTEGRITI Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, menyeru golongan usahawan supaya tidak menjadikan r4suah sebagai sebahagian daripada budaya dalam menjalankan perniagaan. Beliau berkata, am4lan r4suah tidak boleh dianggap sebagai kesalahan kecil yang boleh dihapuskan hanya dengan melakukan ibadah seperti menunaikan haji atau umrah, sebaliknya ia melibatkan hak orang lain dan perlu dipertanggungjawabkan. Menurutnya, jika seseorang memperoleh keuntung4n melalui r4suah, w4ng tersebut tetap merupakan hasil yang h4ram walaupun sebahagiannya digunakan untuk tujuan ibadah. Tan Sri Ayob Khan turut mengingatkan usahawan supaya menjauhi sikap suka memfitn4h, iri hati dan menj4tuhkan orang lain kerana perkara tersebut turut boleh meros4kkan integriti serta hubungan dalam dunia perniagaan. Beliau berkata, golongan usahawan khususnya umat Islam perlu menunjukkan contoh yang baik dengan berpegang teguh kepada prinsip kejujuran, amanah dan integriti. Katanya, budaya r4suah tidak seharusnya dinormalisasikan dengan menganggap pemberian w4ng dalam jumlah kecil sebagai perkara biasa kerana sikap sedemikian akhirnya boleh menyuburkan budaya r4suah dalam masyarakat. “Kalau kita yakin Allah melihat apa yang kita buat, apa yang kita cakap dan mengetahui segala perbu4tan kita, kita akan lebih berhati-hati. Kalau kita ada prinsip, insya-Allah kita akan berjaya,” katanya. Tan Sri Ayob Khan turut mengingatkan para usahawan supaya tidak t4kut untuk melakukan perubahan dan terus mempertahankan prinsip walaupun perubahan mungkin mengambil masa. Beliau berkata, perubahan mungkin tidak berlaku pada hari ini atau esok, malah mungkin mengambil masa bertahun-tahun, namun ia tetap boleh berlaku sekiranya setiap individu berani memulakannya daripada diri sendiri. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perkongsian pada Program Bicara Tokoh Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay di Menara Arina Uniti, minggu lalu. @Cikgu Razali @Dr Syed Omar @Damia Digital @GV Ride RA #tansriayobkhan#komuniti #usahawan#rasuah

IPD MEDIA
IPD MEDIA
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 05 October 2026 23:16:32 GMT
174314
14996
731
2465

Music

Download

Comments

msall787
Pemburu Bayang787 :
pergi haji pergi umrah,balik sini makan rasuah..😂😂😂padu ayat t sri..
2026-10-06 00:21:15
1172
mr.azlanlan
Azlanlan🇲🇾 :
sekarang polis madani boleh di katakan 80% sakau rasuah tan sri..io yg saya jumpa IPD IPK balai semua terlibat rasuah.. hancur sistem keadilan negara
2026-10-06 01:29:09
88
jabatan.kautim2.0
Pendekat hitam :
bezanya pemimpin yang ada agama
2026-10-05 23:52:05
577
suhaila.shila.com
suhaila md.som :
kata2 beliau ckup deep...sape makan cili dia trasa bahang nye....
2026-10-06 01:20:32
166
ustaznazriesa
NAZRI ESA 🇲🇾🇵🇸 :
pergi haji pergi umrah,balik sini makan rasuah..padu ayat t sri..Ayop
2026-10-06 01:29:46
70
zakiazz999
Zakia Anas 999 :
org2 yg kerja dlm kerajaan mcm mna la korang ek nnt masa kena soal dgn ALLAH...dh la org islam plk tu
2026-10-06 02:13:43
17
jahini.diron
Jahini Diron :
Pegawai hebat cam ni...org politik x suka dan org2 lain yg seumpamanya....
2026-10-06 01:11:33
68
aliff..85
aliff..85 :
bagus tok Ayob ni dlm diri dia ada sifat jujur amanah iklas
2026-10-06 00:39:32
170
sivanandar.suparm
Sivanandar Suparmaniam :
WELL SAID SIR
2026-10-06 02:14:58
2
user.jay.303
user JAY 303 :
good speech
2026-10-06 03:20:58
0
suhaili.che.min
suhaili che min :
Terbaik Dato. setuju sangat kata Dato.
2026-10-06 00:22:16
66
palani.rayer
Palani Rayer :
Tan Sri...you are The Man of Principle. Keep it up Sir
2026-10-06 00:34:50
50
fisabililla313
P0kchuBoy :
dato x kosong.moga Allah perlihara dato dunia skhirat🤲
2026-10-06 01:23:11
53
8593_ribut.senja
arie Rockers :
jabatan penguatkuasaan kebanyakkannya ramai yg rasuah dan salah guna kuasa
2026-10-06 00:23:11
35
user42777349531551
user42777349531551 :
Yang makan lada rasa pedas.
2026-10-06 00:21:18
51
agilan0112
Agilan :
my personal view, Datuk Have to be a PM for Malaysia a person with dignity and serious person we want a person to governed this Country
2026-10-06 02:28:18
2
shaan76928
ShanBoy76 :
Respected you Tan Sri... salute
2026-10-06 00:51:17
2
meoowcr73
CR7 :
We Salute 👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍 ...
2026-10-06 02:18:06
3
helman549
helman :
sayang polis begini x ramai dlm pdrm,dah pencen pulak
2026-10-06 00:33:53
48
ibrahim0560
Ibrahim :
orang mcm ini, kerajaan takut.
2026-10-06 00:23:51
66
the3astory
the3astory :
Aku pelik la dgn pmx kenapa tak letak datuk ayub pada tempatnya.
2026-10-06 00:20:55
173
mohdsabri112
mohdsabri112 :
Setuju dgn pandangan Dato' Ayub Khan.. itulah fahaman songsang para perasuah pergi UMRAH kononnya utk sucikan dosa rasuah...[Innocent][Innocent][Innocent]
2026-10-06 01:27:28
20
sagoldsa
SA Gold :
Kalau mkn gaji buta mcm mna pula? Berlaku di kelantan
2026-10-06 00:49:49
23
k8rventure
k8rventure :
pas tlg tengok...
2026-10-06 00:39:52
28
clan2324
THE DOCTOR46 :
betul tu...support u tan sri
2026-10-06 02:35:58
5
To see more videos from user @ipd.media, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About