@akang_welter: Peniaga didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Isnin, atas tuduhan membunuh pembantu rumahnya yang juga warga India, dua minggu lalu. Tertuduh, Stevent Anthony, 31, mengangguk tanda faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Khairunissak Hassni. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh wanita, Tamilarasi Kumar (tidak diketahui usia) di sebuah kediaman di Titiwangsa pada jam 4 pagi hingga 10.55 pagi, 24 September lalu. Oleh itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati atau dipenjarakan antara 30 hingga 40 tahun. Jika tidak dihukum gantung, tertuduh boleh dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ainna Maryam Nor Azman sementara tertuduh diwakili peguam, Carenjit Kaur dan Khairunissa Azzahrah Ghazalie. Tiada jaminan diberikan kepada tertuduh dan mahkamah menetapkan 16 Disember ini untuk laporan bedah siasat dan laporan kimia.
Informasi & Viral Video
Region: MY
Tuesday 06 October 2026 01:24:51 GMT
Music
Download
Comments
lana narin :
deserve to b punish justice on maid
2026-10-06 10:58:52
1
mader1010 :
terbaik hukuman berat
2026-10-06 07:52:54
0
Karam 🇲🇾 :
2026-10-06 06:31:57
0
💞m!K@!£7773 :
2026-10-06 06:24:43
0
rahim :
makan xhabis
2026-10-06 06:09:44
0
Zul K.M.B :
🥰🥰🥰
2026-10-06 03:19:21
0
To see more videos from user @akang_welter, please go to the Tikwm
homepage.