@egg.networkmy: Marvel mungkin bakal kembali dengan game superhero yang lebih menarik menerusi Project Comet. Trailer yang didakwa bocor memaparkan game ini sebagai pengalaman aksi superhero dengan konsep ala Genshin Impact. Pemain boleh membentuk pasukan dan menjalani misi dalam dunia Marvel separa terbuka bersama sehingga empat pemain secara co-op. Antara hero yang kelihatan termasuk Spider-Man, Wolverine, Black Widow dan Doctor Strange. Walaupun rakaman awal ini nampak masih belum digilap, konsepnya mengingatkan kepada Marvel’s Avengers yang pernah cuba membina pengalaman live service dengan penambahan hero secara berterusan. Namun, Project Comet masih memerlukan banyak penambahbaikan untuk menyaingi kualiti game seperti Wuthering Waves dan Zenless Zone Zero. Source: @pushsquare #eGGNetwork #everygoodgame #GameNews #Marvel #mobilegaming