@newswav: Baru-baru ini tular video di media sosial memaparkan tindakan seorang individu yang didakwa bertindak mencemarkan masjid dengan najis di Tumpat Kelantan. Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan oleh Hafifi Husaini di media sosial, awalnya kelihatan seorang individu dilihat berjalan di dalam masjid sambil membawa satu tong di atas bahunya. Dalam video itu kelihatan sesuatu seperti cecair yang terkeluar daripada tong berkenaan ketika ia dibawa. Di dalam satu lagi video, kelihatan karpet di dalam masjid itu dicemari kotoran cecair berwarna hijau sehingga ke meja ceramah termasuklah di tempat solat imam. Bukan hanya itu, turut kelihatan pintu cermin di masjid tersebut juga pecah dipercayai dilakukan oleh individu sama. Dalam video CCTV yang dikongsikan dipercayai insiden berkenaan berlaku pada jam 4.41 pagi pada 5 Oktober. #fyp #tiktokmalaysia #Malaysia #latestnews #Viral #beritaterkini #Tular #disgusting #feces #kelantan #masjid #mosque