@berita.ks: PETALING JAYA, 6 Okt - Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung peruntukan projek Jalan Luar Bandar di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Wakil rakyat DAP itu menggesa SPRM menyiasat peranan Timbalan Perdana Menteri, Dato‘ Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung perbezaan RM2.1 bilion antara peruntukan dan perbelanjaan projek berkenaan. Chong berkata, laporan itu dibuat di pejabat SPRM Kuala Lumpur hari ini susulan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato‘ Sri Abd Halim Aman bahawa agensi berkenaan akan menyiasat perkara itu selepas menerima aduan rasmi. “Aduan rasmi itu kini telah dibuat. SPRM mesti menunaikan kenyataannya dan memulakan siasatan secara bebas,” katanya. Pada 1 Okt lalu, Abd Halim dilaporkan berkata SPRM hanya mengetahui dakwaan berhubung perbelanjaan KKDW itu menerusi laporan media dan belum menerima aduan rasmi untuk tindakan lanjut. Chong berkata, siasatan perlu menentukan sama ada kontrak atau komitmen kewangan dibuat sebelum pembiayaan mencukupi diluluskan, selain meneliti kemungkinan berlaku penyalahgunaan kedudukan atau ketidakteraturan dalam urusan perolehan dan pembayaran. Beliau turut mahu SPRM meneliti dokumen kewangan serta kontrak berkaitan bagi menentukan bila pelarasan peruntukan diluluskan dan sama ada ia dibuat sebelum atau selepas liabiliti kontrak terkumpul. Laporan itu dibuat selepas Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Dato‘ Zamzuri Abdul Aziz pada 1 Okt lalu menjelaskan isu dakwaan KKDW berbelanja melebihi peruntukan itu sudah selesai. Kredit: FMT #BeritaKS

Berita_KS
Berita_KS
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 06 October 2026 06:30:58 GMT
55840
676
424
117

Music

Download

Comments

putraidaman77
Arab Tiger :
my eg x nk report keee🤣🤣🤣
2026-10-06 09:48:14
0
user34339599112624
user34339599112624 :
terowong & kios apa cerita
2026-10-06 07:27:11
156
mochtarziha
mochtar :
umno sakau.dap sakau.pkr sakau kalau gitu semua rakyat bersatulah sokong pas selamatlah segalanya
2026-10-06 07:21:52
107
rajakari4
Raja Kari Siam :
kiosk KPKT xnk repor sekali ker
2026-10-06 07:12:34
87
mizibts73
mizibts73 :
DAP klu kena geng dia sunyi sepi
2026-10-06 09:00:25
44
meenachi.meenachi3
Meenachi Meenachi :
good job
2026-10-06 08:34:30
0
alaqsa820
lie123 :
kes MyEG dan KWAP ada x
2026-10-06 10:06:02
28
nanansjq50q
Nanang :
terbaik dap.... berani bongkar kes sakau,sebab itulah jenis penyakau penyagak tak senang dengan dap selagi ada pH selagi itulah susah mahu sakau lagi.....
2026-10-06 07:22:53
17
alomar.husin
Alomar Husin :
that is not right to report because lim guan him already swindled millions of money from Penang government so it not valid at all for anyone to complain about others.....👍👍👍👍👍👍👍
2026-10-06 16:44:02
0
idea.ilham
idea ilham :
pH pembelit Dan pembohong
2026-10-06 07:47:53
31
al_haqfisabilillah
nasir :
terbaik dap ... sedih dengan golongan penyakau ni
2026-10-06 07:23:52
9
raf_roy99
raf roy :
bila dah x sebulu...😂😂😂😂😂
2026-10-06 07:54:17
15
hsb.reduan
HSB REDUAN :
DAP nk alihkan isu telowong dan kiosk ...rakyat menonton je ni
2026-10-06 09:39:25
7
user4460805802054
user4460805802054 :
makin celaka buat DAP .....kerajaan ph ni
2026-10-06 06:50:26
23
zaib73793
zaib73 :
kwap 200j lesap...myegjpj..jgn dlupa
2026-10-06 07:54:31
18
dinispa.beauty
R.K :
SPRM dibawah Pmx... 😆😆
2026-10-06 07:39:44
9
user44697798687010
roslan :
ko punya kes apa cerita
2026-10-06 06:41:01
20
linazalina12
Linaaa :
TELOWONG JOLO RAMAI LG ORNG DAP NAPE SPRM X SIASAT...JGN PILI BULU
2026-10-06 09:35:22
6
mohd.kamal0456
Mohd kamal :
kalau bukan main cepat sprm bertindak ,kes lge bila nak selesai
2026-10-06 08:49:26
8
antamsjalah4
antamsjalah :
2026-10-06 08:02:33
6
abi.aqif
Abi Aqif :
lebuhraya dasar laut pun da juga tu
2026-10-06 07:35:11
8
azmanhassan22
AzmanHassan :
Terbaik Dap . Dpd 47 kepada 48 tambah satu lagi
2026-10-06 08:14:57
6
rokihahmad
rokihahmad :
biasanya kalau perbelanjaan melebihi daripada perbelanjaan sebenar tentu mendapat kelulusan daripada kementerian kewangan terlebih dahulu. DAP jangan nak cuba buruk kan nama presiden UMNO
2026-10-06 08:16:33
7
mat_kongsicerita123
sahabat first :
tok mat dh bgtu aritu DAP ikhlas bukan jenis yg bermuka2 😂🤣😁
2026-10-06 07:13:16
17
mohd.ramli.ahmad2
mohd ramli ahmad :
baguslah berbelanja lebih untuk kemudahan luar bandar
2026-10-06 09:13:26
5
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About