@candytuff04: Cable Organizers ที่เก็บสายชาร์จ สายหูฟัง

Goohii3
Goohii3
Open In TikTok:
Region: TH
Tuesday 06 October 2026 08:50:21 GMT
343
13
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @candytuff04, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

RM10 JUTA TIDAK LESAP, TETAPI ADAKAH ITU BERMAKNA TIADA SALAH GUNA KUASA? KES YAYASAN BANK RAKYAT: JANGAN ALIHKAN PERSOALAN INTEGRITI MENJADI PERANG PERSEPSI! Apabila bekas Pengerusi Yayasan Bank Rakyat (YBR), Datuk Nazir Hussin tampil mempertahankan dirinya dalam sidang media, satu persoalan besar timbul. Adakah pulangan pelaburan yang menguntungkan secara automatik membuktikan sesuatu urus niaga itu bebas daripada konflik kepentingan atau salah guna kuasa? Menurut penjelasan beliau, pelaburan RM10 juta berkenaan tidak lesap, malah menghasilkan hibah sebanyak RM1.85 juta. Baguslah sekiranya wang yayasan benar-benar terpelihara. Tetapi rakyat perlu memahami satu perkara. Dalam undang-undang antirasuah, keuntungan bukan lesen untuk mengetepikan tatacara dan integriti. Seksyen 23 Akta SPRM 2009 menyentuh kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan. Justeru, persoalan yang perlu diteliti bukan sekadar berapa banyak keuntungan diperoleh, tetapi bagaimana keputusan pelaburan dibuat, siapa yang terlibat dan sama ada wujud kepentingan peribadi. Lebih menarik apabila timbul persoalan berhubung pelaburan ahli keluarga dalam syarikat yang sama. Mungkin benar ia suatu kebetulan. Namun kebetulan juga tidak seharusnya menjadi alasan untuk mengelakkan penelitian. Adakah terdapat maklumat dalaman? Adakah wujud konflik kepentingan? Adakah semua transaksi dibuat mengikut prosedur? Biarlah dokumen, rekod transaksi dan siasatan menjawabnya. Kemudian timbul pula persoalan mengapa siasatan masih diperlukan sedangkan laporan audit terdahulu telah dibuat. Jawapannya mudah. Audit dan siasatan jenayah mempunyai fungsi yang berbeza. Laporan audit bukan imuniti daripada penyiasatan sekiranya terdapat asas undang-undang atau bukti baharu. Begitu juga persoalan mengenai tindakan penguatkuasaan terhadap aset mewah. Kewajaran sesuatu serbuan atau penyitaan mesti dinilai berdasarkan kuasa undang-undang, bukti dan prosedur yang dipatuhi, bukannya semata-mata persepsi awam. Dan apabila perbahasan mula beralih kepada lagu Penyamun, sindiran terhadap SPRM serta J-KOM dan dakwaan permainan persepsi politik, kita perlu kembali kepada persoalan asal. Apa sebenarnya yang berlaku dalam proses kelulusan dan pengurusan pelaburan dana yayasan tersebut? Rakyat tidak memerlukan drama. Rakyat memerlukan jawapan. Kerana dana yayasan bukan sekadar angka dalam akaun bank. Ia membawa amanah, kepercayaan dan tanggungjawab terhadap masyarakat yang sepatutnya menerima manfaat daripadanya. SPRM mesti menjalankan siasatan secara profesional, bebas dan adil. Pada masa yang sama, individu yang disiasat berhak mempertahankan diri dan dianggap tidak bersalah selagi belum dibuktikan sebaliknya. RM10 juta mungkin tidak lesap. Tetapi persoalan integriti tidak boleh dijawab dengan angka keuntungan semata-mata. Akhirnya, bukan lagu, sindiran atau sidang media yang menentukan kebenaran. BUKTI YANG MENENTUKAN. UNDANG-UNDANG YANG MENGHAKIMI. #YayasanBankRakyat #SPRM #Integriti #Ketelusan #Akauntabiliti

About