@lobakmerahmy: Kembali hangat diperkatakan sekarang mengenai kes buli pelajar sekolah yang membuatkan penceramah bebas dan pengacara TV, Amin Idris terpanggil untuk tampil bersuara. Menerusi Threads miliknya, Amin Idris menyifatkan pendidikan bermula di rumah, ini kerana terlalu banyak kes ibu bapa yang tidak mengambil peduli apabila mendapati anaknya terlibat dalam melakukan kesalahan di sekolah. Bahkan, Amin Idris turut mengatakan ada ibu bapa yang menyebelahi anak mereka yang melakukan kesalahan itu. Menurut Amin, ada di kalangan ibu bapa juga dikatakan 'merentan' apabila anak mereka ditegur guru kerana tidak menyiapkan kerja sekolah, sampaikan ada yang sanggup mengugut membuat laporan ke Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA). "Yes sekolah kena jadi tempat selamat, yes menteri pun ada peranan. Tapi ibu bapa? Harapnya bila kes bawah umur, budak mungkin terlepas tapi ibu bapa mesti dipertanggungjawabkan." Amin Idris berkata sedemikian kerana dia mempunyai pengalaman sendiri ketika anaknya dibuli secara mental semasa di sekolah rendah. Katanya, ketika dia menghubungi ibu kepada pembuli tersebut, si ibu itu tidak menghiraukan aduannya. Bagaimanapun, mujur bapa pelajar berkenaan memberi respon setelah beberapa lama kemudian. "Bila hubungi ibu budak yang membuli, dia boleh buat tak tahu. Malah disidainya kita. Nasib baik ayah respon beberapa lama kemudian." Jangan lupa untuk Like, Comment. Share dan Follow Lobak Merah! 🧡 Terima Kasih!
LOBAK MERAH
Region: MY
Tuesday 06 October 2026 07:55:00 GMT
Music
Download
Comments
Qissof_Mandarin :
Sebab tu penting didikan ibu bapa 🤭 sebab anak refleksi didikan ibubapa di rumah
2026-10-06 08:10:24
1
ipay_meong :
hencemny
2026-10-06 08:04:50
0
To see more videos from user @lobakmerahmy, please go to the Tikwm
homepage.