@kini.viral: Kahwin bukan sekadar diraikan, Syed Saddiq dan Bella Astillah pilih kongsi bahagia bersama rakyat ❤️ Sempena perkahwinan mereka, pasangan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah memilih untuk menganjurkan Kenduri Rakyat dengan sumbangan bahan asas bernilai sekurang-kurangnya RM300,000. Menurut Syed Saddiq, puluhan ribu kilogram bahan asas disumbangkan hasil kerjasama bersama jenama tempatan, sebagai cara untuk berkongsi kegembiraan hari bahagia sambil membantu meringankan beban masyarakat. Lebih menarik, mereka turut mahu majlis itu menjadi contoh kepada golongan muda supaya tidak berbelanja secara berlebihan atau berhutang semata-mata untuk majlis perkahwinan. Resepsi utama di ibu negara juga dikecilkan kepada 200 tetamu, manakala majlis turut disiarkan secara langsung. Akad nikah dijadualkan pada 10 Oktober, diikuti resepsi di Muar pada 25 Oktober dan Kota Kinabalu pada 31 Oktober. #kiniviral
kini viral
Region: MY
Tuesday 06 October 2026 09:14:25 GMT
Music
Download
Comments
ZaLiNa7275 :
biasa kenduri buat sebelah perempuan dulu baru lelaki…😇👍 Apa2 pun tahniah dan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat… Till Jannah🤲
2026-10-06 09:42:47
3
Julita Jun :
Tahniah Dan berkenalan hingga akhir hayat aamiinn
2026-10-06 10:03:18
4
esrzz :
Tahniah 🙏
2026-10-06 10:20:45
1
moon :
tahniah ybss dan bella selamat pengantinbaru semoga bahagia di samping suami tersayang
2026-10-06 13:15:31
0
To see more videos from user @kini.viral, please go to the Tikwm
homepage.