@meloditerhangat: Pendakwah bebas, PU Riz memuji usaha Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam membantu golongan B40 menerusi pelbagai inisiatif pendidikan, kemahiran dan peluang pekerjaan. Menurut PU Riz, usaha berkenaan penting bagi memastikan akses kepada ilmu dan peluang meningkatkan taraf kehidupan dapat dinikmati semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum. Beliau turut berkongsi pengalaman pertama kali berhadapan dengan khalayak yang keseluruhannya terdiri daripada masyarakat India ketika menghadiri sebuah program di Madrasah India Kampung Pandan baru-baru ini. PU Riz berharap inisiatif seperti itu dapat diteruskan dan diperluaskan demi manfaat lebih ramai masyarakat, khususnya golongan B40.