@sipakonnnaekyyyang_manis: Pada awalnya , dia kelihatan sangat berselera makan hidangannya iaitu Mala Chicken Rice ... 🤣 Belum lagi terasa pedasss sangat ... Last2 dia give up makan... Tidak boleh dipaksa sudah... 😆 Sa pula sudah kenyang dengan memakan separuh dari kuantiti makanan sa 😁 Lepas tu sa minta tolong dia habiskan.... Dalam masa yang sama mahu dia kenyang makan juga... 😌🤣🤣🤣 Pastu sa pun cuba lah apa yang dia order tu.., perrrggghhh pedas betul ya... Sa pun tidak boleh cuba kasih habis makanan dia... 😆 mungkin boleh habis juga kalau sendiri2 makan di rumah perlahan2 ... Tapi ini baru 3 suap sudu makan tanpa nasi.., lidah kebas sudah... Air mata pun tiba2 keluar dan mulai lah sesi lap2 hidung guna tisu... 😆