@melakatv: MELAKA MEMILIH PADA 14 NOVEMBER, 687,697 RAKYAT LAYAK MENGUNDI 7 Oktober - Rakyat Melaka akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 pada 14 November 2026 (Sabtu), umum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, mengumumkan perkara itu pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-16, hari ini. Beliau berkata, hari penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober 2026, manakala 10 November 2026 ditetapkan sebagai hari pengundian awal. "Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah selama 14 hari," katanya kepada pemberita. 🎥 Aufa Izzati #prn #pilihanrayanegerimelala #prnmelaka #melakahariini #melakatv
MELAKA HARI INI
Region: MY
Wednesday 07 October 2026 08:20:49 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @melakatv, please go to the Tikwm
homepage.