@melakatv: PINTU RUNDINGAN BN MASIH TERBUKA HADAPI PRN MELAKA 7 Oktober - Pintu rundingan Barisan Nasional (BN) masih terbuka kepada mana-mana parti yang mahu bekerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, keputusan muktamad berhubung rakan strategik BN akan diputuskan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Keputusan itu dijangka diumumkan sebelum hari penamaan calon pada 31 Oktober ini. 🎥 Fitri Shareena #PRN #SidangMedia #KetuaMenteri #MHI #MelakaHariIni #MelakaTV