@berita.ks: JOHOR BAHRU, 7 Okt - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan penutupan ke semua sekolah di seluruh negeri itu selama dua hari bermula esok berikutan situasi jerebu dan kemerosotan kualiti udara yang melanda ketika ini. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Dr. Muhammad Naqib Md. Ghazali memaklumkan bahawa arahan penutupan pada 8 dan 9 Oktober itu melibatkan seramai 617,258 pelajar di 1,198 buah sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) serta sekolah agama negeri. Bagi memastikan kelangsungan pendidikan, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan sepanjang tempoh penutupan tersebut, manakala sebarang pentaksiran atau Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) akan ditangguhkan ke suatu tarikh baharu. Menyedari implikasi penutupan mengejut itu terhadap urusan penjaga, Dr. Muhammad Naqib menyeru keprihatinan pihak majikan untuk memberikan kelonggaran dan fleksibiliti pengaturan kerja kepada ibu bapa yang terkesan. "Saya juga menyeru ibu bapa dan penjaga terus memantau kesihatan anak-anak, mengurangkan aktiviti di luar rumah, memastikan mereka minum air secukupnya serta mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala," katanya menerusi satu kenyataan hari ini. Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan negeri bersama agensi-agensi yang berkaitan akan terus memantau rapi perkembangan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dari semasa ke semasa. #BeritaKS

Berita_KS
Berita_KS
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 07 October 2026 12:00:29 GMT
15818
123
8
40

Music

Download

Comments

saadmistik8
SaadMistik :
Selamt semua..
2026-10-07 13:58:18
0
mestihappy2026
mestihappy2026 :
Hahahahhaah….matriks tidak hadir..repeat paper
2026-10-07 14:02:07
0
modineter
😎 MODERATOR 😎 :
BAGI LAH CUTI SEKOLAH SEMINGGU TERUK DAH JEREBU
2026-10-07 13:18:24
0
simi2181
simi :
KPM tido kaaa
2026-10-07 14:16:18
0
hh.4141
HH 4141 :
pelajar shj cuti, guru diwajibkan ke sekolah...cgu kebal dr sakit.
2026-10-07 13:26:54
0
abdul.hadibinadul
Abdul Hadibinadullah :
Relax lh ckgu goyang kaki.
2026-10-07 14:48:39
1
tuan.ins
AWINN :
🤣🤣🤣
2026-10-07 12:27:04
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About