@jim.kedah: ๐ง๐๐ก๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐๐ง๐๐จ๐๐ฆ๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ง๐๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐ก โ ๐ฑ๐ฑ ๐ช๐๐ฅ๐๐ ๐๐ฆ๐๐ก๐ ๐๐๐ง๐๐๐๐ก ๐๐ ๐๐จ๐๐๐ ๐๐จ๐๐๐ , 8 ๐ข๐๐ง๐ข๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โ Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kedah melalui Unit Tindakan Imigresen, Bahagian Penguatkuasa telah menjalankan operasi penguatkuasaan melibatkan OPS MAHIR, OPS BELANJA, OPS MINYAK dan OPS SELERA di sekitar Daerah Kulim pada 7 Oktober 2026. Operasi yang bermula pada jam 8.30 pagi hingga selesai itu melibatkan seramai 21 orang pegawai Imigresen, dengan pemeriksaan dijalankan ke atas 9 premis yang terdiri daripada kilang, restoran makanan, premis cuci kereta dan pasaraya sehenti. Sepanjang operasi tersebut, seramai 236 orang telah diperiksa, terdiri daripada 146 orang warganegara Malaysia dan 90 orang warganegara asing daripada pelbagai negara. Hasil pemeriksaan, seramai 55 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah ditahan, terdiri daripada 43 lelaki dan 12 perempuan, berumur antara 17 hingga 54 tahun. PATI yang ditahan terdiri daripada warganegara Myanmar seramai 12 lelaki dan 7 perempuan, Bangladesh 19 lelaki, Nepal 4 lelaki, Pakistan 3 lelaki, Indonesia 2 lelaki dan 3 perempuan, China 3 lelaki serta 2 perempuan berstatus tanpa kewarganegaraan (stateless). Kesemua PATI yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63. Selain itu, sebanyak 8 Borang IMM.29 (Saman Kepada Saksi) telah dikeluarkan sepanjang tempoh pemeriksaan bagi membantu siasatan dan tindakan lanjut. Kesemua orang kena tahan (OKT) telah dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik, Kedah untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang. JIM Negeri Kedah akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan secara bersepadu dan berterusan di seluruh negeri bagi mengesan serta mengambil tindakan terhadap PATI dan pihak-pihak yang melanggar peruntukan undang-undang imigresen. Tindakan penguatkuasaan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha JIM Negeri Kedah dalam memastikan pematuhan undang-undang, keselamatan serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara. Jom Ikuti Media Sosial Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah: https://linktr.ee/jimkedah Sebarang pertanyaan, sila layari Sistem Pertanyaan Online (SPO) melalui pautan: Sistem Pertanyaan Online (SPO) ยฉ๏ธ 2026 Bahagian Perancangan Strategik & Khidmat Korporat | JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI KEDAH
jimkedah
Region: MY
Thursday 08 October 2026 03:24:17 GMT
Music
Download
Comments
zanitaghani27 :
pasaraya econo kt kota kenari tak check ka..
2026-10-08 13:19:22
10
jebatsaka :
p try tengok blah serdang pulak.
2026-10-08 12:56:10
0
Salma. :
Jim kedah .. kulim la belakang pasar kelang lama .. aku x leh parking situ dia purposely letak tong sampah dpn kedai dia .. pastu buang sampah merata
2026-10-08 08:09:43
21
Zulthemost :
taman senangin kulim dan kilang lama JIM
2026-10-08 12:38:26
5
danish_firash :
nohaiiii carwash sllu aku p pun kena๐
๐
2026-10-09 00:20:16
0
paknakan :
Trima kasih sebab bertindak
2026-10-14 06:47:37
1
umairah khairul :
terbaik pdrm,imegresen๐๐
2026-10-09 00:37:55
1
FAIZ :
jgn komen saja...p buat aduan cpt...
2026-10-09 01:59:49
3
enbuzen :
ouh patut semalam nampak truck JIM masuk area taman Makmur
2026-10-08 14:40:13
2
Mohamad Amir (Mamu kulim)๐ :
Mantapp JIM
2026-10-09 03:05:04
0
Pavin ใ :
baik
2026-10-08 20:24:35
0
LOKCHING CORNER 31 :
JIM ๐
2026-10-09 03:03:39
0
Shariena Mestaddin :
Belah kilang2 tk pi tgok?
2026-10-09 00:10:09
0
๐ฆย ๐ฒย ๐ทย ๐ฎย _โ๏ธโ๏ธโ๏ธโ๏ธโ๏ธ :
ada lagi pasaraya yg lain
2026-10-09 00:45:06
0
sitiezam :
terbaik
2026-10-10 03:58:52
0
TanCheeHeong97 :
๐ณ๐ณ๐ญ๐ญ
2026-10-08 19:28:29
0
meaien90 :
2026-10-11 12:23:40
0
FA :
Pekerja pekerja Bintang Fresh kuuuuuuuu ๐ฅฒ๐คฃ
2026-10-08 15:26:10
5
Thai Tea :
Try p pasar mlm kilang lama
2026-10-08 07:42:40
15
แดสแดษด_๊ฑแดแดแดแดแดษดษข :
terbaik (JIM) kedah๐ช.. banyak lagi hotspot di area kulim masih dlm pemantauan rakyat..apa apa kita rojer
2026-10-08 09:15:16
7
otai kaabooii :
kedai tomyam jgn lupa operasinya belah mlm JIM.๐
2026-10-08 12:03:17
5
Intan S. :
Utk pengetahuan semua, Imigresen akn bertindak jika ada aduan. Lagi bnyak aduan org rmai bagi mengenai keberadaan pati depa akn bertindak. Alhamdulillah akhirnya ada aduan tu yg dpt bt tangkapan. Kta jgn sembunyikan mklumat. Terus bt aduan ke pejabat Imigresen.
2026-10-08 23:55:08
3
White'Lilies :
kerapkan buat rondaan sbb byk sgt warga asing dkt kulim
2026-10-09 09:00:04
1
A I N A :
oh ni yg semalam lari kt sebelah kedai fuad tu๐๐๐ป
2026-10-08 11:13:44
1
DOl :
Flat Kulim Square berlambak.
Pasar malam Kilang Lama .
kedai Tomyam.
2026-10-08 13:43:44
3
To see more videos from user @jim.kedah, please go to the Tikwm
homepage.