@astroaudionews: Pelakon veteran India, Nana Patekar, meninggal dunia pada usia 75 tahun selepas mengalami serangan jantung di kediamannya di Goa. Patekar ditemui tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital sekitar 5.20 pagi, namun tidak dapat diselamatkan selepas 45 minit menjalani CPR. Sepanjang kerjayanya dalam filem Hindi dan Marathi, Patekar menerima pelbagai anugerah termasuk 3 Anugerah Filem Kebangsaan, 4 Anugerah Filmfare dan Padma Shri pada 2013 atas sumbangannya kepada bidang seni dan perfileman. #AstroAudioNews