@mediaselangor: Seramai 37 penerima di Hulu Selangor menerima manfaat menerusi tiga inisiatif Kerajaan Negeri membabitkan keseluruhan peruntukan RM684,267. Tiga inisiatif berkenaan merangkumi Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin, Bantuan Peralatan Blueprint dan Bantuan I-SEED yang memberi tumpuan kepada keperluan kediaman, peningkatan pendapatan serta pengukuhan ekonomi keluarga. EXCO Sumber Manusia, Papparaidu Veraman berkata pelaksanaan bantuan itu merupakan sebahagian usaha Kerajaan Negeri membantu rakyat yang memerlukan dalam beberapa aspek utama kehidupan. #MediaSelangor #KlikSemasa #HuluSelangor #ISEED