@berita.ks: PONTIANAK, 8 Okt - Kerajaan Indonesia berdepan dakwaan melakukan 'kecuaian besar' berhubung krisis jerebu beracun akibat kebakaran hutan di Borneo menerusi kes mahkamah yang bermula di Pontianak pada Rabu lalu. Saman tindakan kelas itu difailkan pada bulan lalu oleh empat plaintif, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Orang Asal AMAN terhadap 10 defendan, termasuk Presiden Prabowo Subianto dan Gabenor Kalimantan Barat. Peguam plaintif, Glorio Sanen menyifatkan kes itu sebagai satu langkah untuk menangani masalah kebakaran tahunan akibat kemusnahan hutan yang diburukkan lagi oleh kemarau fenomena El Nino. Beliau pada masa sama menzahirkan rasa sedih dan kesal apabila tiada seorang pun defendan yang hadir pada pendengaran pertama, berkemungkinan akibat jerebu tebal yang turut menjejaskan ratusan penerbangan. Berdasarkan dokumen mahkamah, pihak plaintif bertegas mendakwa kerajaan telah melakukan 'kecuaian besar' kerana terus gagal menangani krisis berulang yang menyebabkan sekolah ditutup dan mengancam kesihatan awam. Oleh yang demikian, mereka menuntut agar kerajaan segera mengisytiharkan keadaan semasa sebagai bencana nasional bagi membolehkan langkah pemulihan dan rehabilitasi secara menyeluruh dapat dilaksanakan. Tuntutan tersebut juga mendesak agar pihak kerajaan menanggung sepenuhnya kos penjagaan kesihatan bagi ratusan penduduk yang terpaksa mendapatkan rawatan masalah pernafasan. Difahamkan, satu saman serupa berhubung tindakan kerajaan menguruskan kebakaran pernah difailkan di sebuah mahkamah di Sumatera Selatan pada tahun lalu, namun permohonan tersebut telah ditolak. #BeritaKS
Berita_KS
Region: MY
Thursday 08 October 2026 05:22:30 GMT
Music
Download
Comments
Mail Nepal :
Prabowo ini kembarnya Anwar Ibrahim nii..
2026-10-08 05:36:02
5
Cik Hally :
👍👍👍Saman jgn xsaman
2026-10-08 07:38:03
4
Jimmy A Tan :
bosang lemah tahun tahun tahun tahun tahun tahun tahun tahun berlaku.cakap hebat boleh terbang
2026-10-08 05:39:03
1
🤫 :
Saman Indonesia
2026-10-08 12:10:17
0
LUFFY SAN :
Gagal laa settle jerebu . Padam api guna mesim perosak padi.. dia igt kebakaran tu api besar baldi..
2026-10-08 07:50:22
0
kay :
saman
2026-10-08 08:13:09
0
EB :
semua orang lihat di luar sudah tahu. knpa pemerintah x2 tidak bolih tangani problem ini. setiap tahun berulang ulang. investigative media mana....nama syarikat ... memalukan.
ini sudah macam peperangan 2026
sebutkan nama syarikat. di rumah menteri dan presiddn ada AC dN filter rakyat menderita
2026-10-08 08:34:23
0
Husain🔥 :
Bab Saman dia org padai tpi Bab nk cari duit betol2 memng tiada lah
2026-10-08 06:45:43
0
️ :
Ngo tu apa sebenarnya ?
2026-10-08 06:23:45
0
mestihappy2026 :
ramai ibu ibu yg suka bekerja di Malaysia..saya jaga
2026-10-08 05:50:57
0
faiz@108 :
2026-10-08 09:33:19
0
misaimie :
Negara yg terkesan
saman saja Indonesia
2026-10-08 07:41:06
0
Sir_Isk :
2026-10-08 07:28:01
0
Gorda 71st :
pak ckp saja negara saya suka hati saya
yg tak suka itu lu punya pasal
2026-10-08 07:43:42
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm
homepage.