@mediaselangor: Selangor bersedia mengagihkan pelitup muka kepada sekolah di negeri ini sekiranya keadaan jerebu bertambah buruk dan berisiko menjejaskan kesihatan. Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri @Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri kini menunggu laporan terakhir Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi mendapatkan gambaran mengenai keadaan cuaca dan jerebu dalam tempoh akan datang sebelum menentukan langkah susulan. #MediaSelangor #Jerebu #PelitupMuka